Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 21 Disember 2011

Ni Patot koje hang la Midah


Oleh MUHAMMAD FAEEZ

SUNGAI RAPAT: Selepas permohonan sumbangan jersi dan peralatan sukan daripada ADUN di kawasan tersebut tidak diendahkan, PAS tampil memberi bantuan.

Pusat Khidmat PAS Dun Sungai Rapat telah meraikan serta memberi bantuan kepada mereka.

Penyerahan tersebut telah diadakan di Pejabat PAS Batu Gajah 17 Disember lalu.

Pengarah pusat khidmat tersebut, Ustaz Radzi Zainon berkata, anak-anak kecil tersebut perlu diberikan perhatian agar bakat mereka dapat dicungkil sekaligus dapat berjasa kepada Negara.

“Anak-anak ini perlu diambil perhatian agar mereka tidak terjerumus dalam gejala yang tidak bermoral,” katanya yang juga Timbalan YDP PAS Gopeng.

Tambahnya, pihak kerajaan haruslah berperanan untuk melahirkan generasi yang berintegriti.

“Tugas kerajaan bukan hanya laksanakan pembangunan negara malah pembangunan sahsiah perlu dititik beratkan,” ujar beliau.

Pemain-pemain cilik tersebut telah dilatih oleh seorang pemuda secara sukarela tanpa bantuan pihak kerajaan.

Jurulatih pemain- pemain cilik tersebut berkata, beliau sudah meminta bantuan daripada ADUN Sungai Rapat yang juga Exco Kanan Kerajaan Negeri Perak, Dato’ Hamidah Osman tetapi permohonan tersebut langsung tidak diendahkan.

“Saya bersyukur dan berterima kasih, sekali sahaja saya minta bantuan daripada PAS terus dapat walapun saya tahu PAS bukan mempunyai sumber kewangan,” ujar beliau

Turut hadir ke program tersebut ialah YDP PAS Batu Gajah Ustaz Ismail Ariffin, Timbalannya, Ustaz Nuri Al-Amin dan pimpinan PAS Kawasan yang memberi sokongan.

3 ulasan:

Greenboy berkata...

huiss hj mat garangnya.. senyum le sikit org ambik gambo tu..

Tanpa Nama berkata...

Kalau dah nak bagi tu bagilah buat apa nak salahkan orang lain, buat amal secara diam lebih baik daripada terpekik terlolong menyalahkan orang lain. Sebab itu Pas kalah , Allah tidak redha

Tanpa Nama berkata...

Baca betul2, siapa yang buat ulasan tu??? PAS ke?? Aduhaiiii