YB Radzi Zainon bukan sahaja seorang pemimpin yang berwibawa sebaliknya
juga seorang motivator yang pernah harum namanya seluruh negeri Perak.
malah sehingga kini beliau masih memberi motivasi dan perangsang untuk
para pelajar mencipta kejayaan. Tambahan pula sebagai wakil rakyat kini
beliau juga memotivasikan ibu bapa pula untuk menjadi ibu bapa terbaik
dalam memimpin ummah.
Sebelum ini YB Radzi pernah menjadi Kaunselor sambilan RTM (Radio Ipoh)
segmen Bicaranita (2000-2002), Kaunselor Sambilan dan Motivator RTM
(Radio Ipoh), segmen Motivasi Belia (2007), Perunding motivasi dan
Latihan serta Penceramah bagi Jabatan Kerajaan, Badan Berkanun seperti
JAIPk, KWSP, TLDM, AIM, USM, UTP, BMMB, gabungan Pemborong Melayu Perak,
Rojam Industries Sdn Bhd, HPA, NGO, sekolah dan beberapa yayasan di
serata Negara.
Sempena bulan peperiksaan yang bakal menjelang, YB Radzi Zainon
mengucapkan Selamat menduduki peperiksaan. Semoga menjadi insan yang
cemerlang dunia dan akhirat. Pusat Khidmat ADUN Sg rapat juga menaikkan
beberapa benner untuk motivasi pelajar.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Media dan Informasi Pusat Khidmat ADUN Sg Rapat
Medan Gopeng
SK Pengkalan Lahat
Simpang 3 Pengkalan Pegoh
SK Sg Rokam