|
BAGAN PINANG, 9 Oktober - Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat menyifatkan tindakan mengundi Umno-BN dalam pilihan raya akan mengundang bala dan kesusahan kepada pengundi. Sambil mengingatkan pengundi Bagan Pinang, beliau menjelaskan bala yang dimaksudkan adalah rasuah yang boleh menjejaskan segala kesenangan dan nikmat yang diberikan Allah kepada rakyat secara umumnya. Dalam pada itu, beliau menyatakan keyakinan kepada pasukan tentera yang menjalankan pengundian pos yang berani melakukan perubahan dan membuat pilihan yang bijak dalam memilih pemimpin pada pilihan raya kecil di Bagan Pinang ini.
Beliau yang juga Menteri Besar Kelantan turut menyelar Umno-BN yang menggunakan sentimen Kelantan tidak mempunyai pembangunan. "Malangnya, mereka ini ditahan di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA," ujarnya.
|
Khamis, 8 Oktober 2009
Undi PAS dapat pahala, Undi Barisan dapat bala - Tokguru Nik Aziz
demokrasi93.blogspot.com
Tiada ulasan:
Catat Ulasan