Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar - Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan sek...10 tahun yang lalu
JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....
Rabu, 17 Mac 2010
Guan Eng mohon jumpa PM
Bagi tujuan tersebut Lim berkata, satu surat permohonan telah dihantar kepada pejabat Perdana Menteri dan pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof.
Lim menjelaskan pilihan raya tersebut perlu diteruskan selaras dengan perkara 113(4) Perlembagaan Persekutuan yang menyatakan kerajaan negeri boleh memberi kuasa kepada Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk mengadakan pilihan raya selain daripada pilihan raya umum.
"Kami sedar Datuk Seri (Najib Tun Razak) mempunyai pandangan lain dan tidak bersetuju dengan pilihan raya PBT ini tetapi terbukti amalan demokrasi akar umbi membolehkan urustadbir yang lebih cekap, bertanggungjawab dan telus berbanding dengan sistem pelantikan.
"Amalan antarabangsa juga menunjukkan trend dengan 101 daripada 192 buah negara di Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) mengamalkan sistem pilihan raya PBT," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen di sini hari ini.-Bernama
Selasa, 16 Mac 2010
PERTANDINGAN SUARA NISA' 2010 PERINGKAT NEGERI PERAK
Assalamualaikum buat semua pengunjung blog Nisa' Perak..
PKR teruskan khidmat di Bagan Serai
IPOH – Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Dr Lee Boon Chye berjanji akan memberi komitmen sepenuhnya terhadap rakyat di Bagan Serai meskipun terdapat masalah membelenggu mereka.
Boon Chye berkata, satu badan bertindak yang dinamakan ‘Pasukan Khidmat Cabang Bagan Serai’ akan menunaikan janji yang diberikan kepada rakyat pada pilihan raya lalu.
Menurutnya, PKR tidak akan berputus asa dan meneruskan perjuangan secara ikhlas kepada rakyat tanpa mengira masa.
“Sehubungan itu, kita akan mengumumkan wakil ‘Penyelaras Parlimen Bagan Serai’ dalam masa yang terdekat.
“Penyelaras yang dilantik bertanggungjawab untuk menjalankan beberapa tugas antaranya program kemasyarakatan dan menyelesaikan masalah yang melanda rakyat di kawasan berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata, semangat ‘Reformasi’ yang diterapkan dalam PKR tidak akan tergugat walaupun ada pihak yang membuat keputusan untuk mengubah haluan.
“Walau apa pun yang terjadi kita akan sentiasa bekerjasama dan melaksanakan rancangan sistematik demi menjaga kepentingan rakyat,” katanya.
Boon Chye dipertanggungjawabkan oleh Majlis Pimpinan Pusat Parti khusus untuk menguruskan Parlimen Bagan Serai.
Isnin, 15 Mac 2010
Bukan Islam mampu jadi pendakwah: TG Nik Aziz
Beliau berkata, perkara itu penting supaya suatu hari nanti golongan bukan beragama Islam ini mampu menjadi pendakwah Islam.
“Islam ini bukan untuk Melayu saja tetapi untuk semua manusia. Kesilapan kita di Kelantan sendiri satu masa dulu, kita tidak terfikir Islam ini hendak disebarkan kepada bukan Islam walaupun Cina atau India duduk di sebelah rumah atau masjid,” katanya.
Beliau berkata, sebelum ini beliau meminta penduduk Islam Singapura berusaha untuk memperkenalkan Islam kepada bangsa lain dengan harapan mereka akan berminat untuk mendekati Islam.
“Gerakan Islam satu ketika dulu tidak banyak sangat terbabit dengan perkembangan Islam. Saya juga minta penduduk Islam Singapura berusaha supaya Islam ini turut diperkenalkan kepada orang (bangsa) Cina supaya satu hari nanti mereka akan jadi pendakwah Islam, imam dan khatib.
“Takkan bangsa Cina tak boleh terima Islam kalau kita dedahkan Islam dengan baik. Kita di Kelantan, Pas, walaupun serba kekurangan dalam segala kemudahan komunikasi tapi kini ada kelab penyokong Pas, satu hari nanti kelab penyokong Islam pula,” katanya.
Serangan ke atas Anwar tidak lemah kerjasama

KUALA TERENGGANU – Pengerusi Lajnah Antarabangsa Pas Pusat, Dr Syed Azman Syed Ahmad Nawawi menganggap serangan terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan kehilangan majoriti kerusi Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Parlimen tidak akan lemahkan kerjasama Pakatan Rakyat (PR).
Katanya, isu yang digembar-gemburkan Anwar akan ditolak dan pemimpin berbangsa Cina akan memerintah negara berikutan kerusi DAP telah mendominasi Parlimen dilihat sebagai modal politik.
“Kita yakin perkara sedemikian tidak akan memberi kesan kepada rakyat dan ia hanya modal politik di mana masyarakat sudah tahu serta lapuk.
“Kita percaya rakyat Malaysia lebih matang untuk berhadapan dengan pilihan raya akan datang dan mereka akan menolak mana-mana pemimpin yang bersifat perkauman sempit,” katanya kepada Sinar Harian.
Beliau berkata, sekiranya masyarakat bukan Melayu menjadi Ketua Pembangkang, beliau menganggap sebagai bukan perkara baru kerana sebelum ini Penasihat DAP, Lim Kit Siang pernah menjadi Ketua Pembangkang.
Mengulas berhubung Anwar yang rela melepaskan jawatan Ketua Pembangkang kepada DAP yang kini mendominasi jumlah kerusi PR di Parlimen, Dr Syed Azman menghargai dan menghormati pandangan tersebut.
Bagaimanapun katanya, perkara itu tidak akan terjadi kerana PR telah sebulat suara mahu mengekalkan Anwar dengan jawatan itu untuk memimpin Ahli Parlimen PR bagi menghadapi pilihan raya.
Ahad, 14 Mac 2010
Bekas Exco cabar Exco kemuka bukti bil tertunggak
Bekas Exco Kewangan, Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Tenaga, Air dan Hal Ehwal Bukan Islam, Datuk Ngeh Koo Ham mempersoalkan motif sebenar Kerajaan Negeri mendedahkan tunggakan bil berkenaan sedangkan sepanjang 11 bulan PR memerintah tidak pernah menerima apa-apa aduan atau notis daripada Tenaga Nasional Berhad (TNB) dan Lembaga Air Perak (LAP) berhubung pemotongan kerana gagal menjelaskan bayaran.
Menurutnya, sepanjang tempoh itu juga, Kerajaan PR telah berjaya membawa hasil tambahan RM100.4 juta kepada sumber kewangan negara pada tahun 2008, malah tidak timbul langsung permasalahan tunggakan sebagaimana dinyatakan.
“Saya mencabar Datuk Ramly Zahari sebagai Exco yang bertanggungjawab dalam portfolio ini memberikan butiran yang sahih dan jelas berdasarkan kenyataan yang dikeluarkannya.
“Jika beliau (Ramly) merujuk kepada 11 bulan tunggakan semasa pemerintahan PR, bagaimana pula yang berlaku pada 13 bulan terakhir ketika BN mengambilalih negeri, seharusnya perlu dinyatakan dengan jelas kepada rakyat,” katanya melalui kenyataan bertulis kepada Sinar Harian di sini, semalam.
Beliau berkata, kenapa isu ini boleh timbul sedangkan PR telah memberi hasil pendapatan tambahan kepada negeri dan negara pada ketika itu.
“Apa yang saya nampak beliau mempunyai agenda tertentu ataupun boleh disifatkan sebagai bermotifkan politik untuk mengaburi mata rakyat tentang keburukan PR.
“Apa saja yang kami (PR) atau BN buat, biarlah rakyat tahu dan hanya rakyat menilai pihak mana betul dan pihak mana salah,” katanya.
Kahwin Le Orang Dewasa
Dua kes perkahwinan kanak-kanak perempuan berumur 10 dan 11 tahun dengan lelaki berumur lebih 40 tahun telah sekali lagi menimbulkan persoalan tentang siapakah yang bertanggungjawab menjaga kepentingan agama dan orang Islam di negara kita ini. Dari aspek menyuarakan slogan dan retorik garang, sudah tentu ada. Ramai yang sanggup menggadai nyawa membela Islam. Tetapi apakah mereka ini akan membela nasib anak anak kecil yang dikahwinkan atau mereka hanya memileh isu isu “mudah dan sensasi”Contoh yang kita lihat ramai yang rasa tersinggung bila orang Kristian menggunakan kalimah “Allah” dalam majalah mereka. Tapi anehnya wira-wira ini tak pula kedengaran marah mereka sebelum kes majalah Herald itu diputuskan oleh Mahkamah Tinggi akhir tahun lalu.Walhal larangan penggunaan kalimah itu dalam majalah tersebut telah dibuat pada tahun 2007. Dengan lain perkataan, sebelum bekas menteri Syed Hamid Albar mengiystiharkan larangan itu, berpuluh-puluh tahun lamanya “Allah” telah digunakan di Sabah dan Sarawak tanpa sesiapa pun naik marah dan tersinggung. Apakah ini bukan hipokrasi?
Sekarang biar kita tunggu siapa yang terasa tersinggung dan marah melihat kes 2 anak-anak kecil yang sepatutnya belajar A,B, C dan ilmu hisab di sekolah rendah tetapi telah dikahwinkan dengan dua orang “tua” yang berumur lebih 40 tahun. Sekarang kita tunggu siapa yang naik marah dan akan mengadakan tunjuk perasaan besar-besaran menentang kes yang melebihi 10,000 kasemuanya( mengikut sumber tertentu ) melibatkan kes perkahwinan budak-budak kecil ini di Malaysia. Akan terjadikah demikian atau besar kemungkinan kita tidak akan mendengar apa-apa rungutan. Malah orang macam saya akan dihentam kerana menimbulkan isu ini, kononnya Islam membenarkan anak-anak kecil dikahwinkan. Jadi tak ada siapa yang patut mempersoalkan perkara ini, kata mereka.
Saya minta maaf. Anak-anak kecil hingusan yang belum tahu ikat tali kasut, yang belum layak tandatangan kontrak, yang belum boleh ada lesen motosikal atau kereta, yang tak sampai 18 tahun; hanya semata-mata sudah sampai haid, tidak sepatunya dibenarkan mereka kahwin. Tak adil dan kejam kepada anak-anak kecil ini. Mereka ada hak untuk mengalami hidup sebagai kanak-kanak, bermain, bergembira, berlari sana-sini, bersekolah dan banyak lagi yang sepatutnya dinikmati oleh anak-anak kecil. Apabila tiba zaman remaja atau lebih baik bila dewasa nanti, akan timbul naluri semulajadi untuk kahwin. Tak perlu mengikut tradisi lama.
Usahlah beri alasan Rasulullah S.A.W. berkahwin dengan Sayidina Aishah waktu berusia 9 tahun. Jangan samakan diri kita dengan Utusan Allah yang mendapat wahyu dari Yag Maha Kuasa. Baginda adalah Rasul tetapi kita maanusia biasa. Maanusia biasa akan menyalahkan kebebasan ini. Juga yang ramai ada di negara ini masa ini adalah pengganas sex atau orang penyakit “paedophilia “seks . Undang-undang negara kita mesti melindungi anak-anak kecil dari penyangak seks dan “peodophile” ini yang suka mencabul budak-budak. Hari ini kita bimbang sangat dengan pengaruh internet yang dikatakan lucah; kita bimbang dengan kes sex remaja dan sebagai nya. Bukan kah sampai masa nya kita melindungi anak anak kecil ini dari orang orang liar ini?
Perlu kita ingat bahawa pada zaman Rasulullah dahulu ada sistem hamba abadi. Rasulullah tidak memiliki hamba, tetapi Baginda tidak melarangnya. Itu tidak bererti kita pun kena amalkan sistem hamba abdi semata-mata kerana ia wujud dalam zaman Rasulullah. Ini bukan bererti Islam tak sesuai; yang tak sesuai adalah sistem hamba abdi. Islam itu untuk sepanjang masa. Kalau pun zaman dulu orang arab bolih kahwin anak muda , amalan itu sudah tidak sesuai lagi zaman ini.Tak kanlah macam ni pun tak faham.
Begitulah juga tanggungjawab kita kepada masyarakat, nasional dan dunia luar. Selain menjaga keselamatan anak-anak kecil, kita juga telah menandatangani banyak Konvensyen dan Undang-Undang Antarabangsa yang melarang perkahwinan anak kecil atau “child marriages”. Apa guna kita tandatangani Convention on Elimination Of All Frorms of Discrimination (CEDAW) dan “Convention of the Rights of the Child” dan banyak lagi konvensyen antarabangsa kalau kita takut berdepan dengan wira-wira agama, Jakim dan Jabatan Agama Islam negeri. Saya harap Ketua Agama Islam, iaitu Raja-Raja Melayu, mengambil berat tentang soal kahwin kanak-kanak ini. Sekali lagi kita menjadi perhatian serong dunia dan kita perlu bertindak serta merta
Oleh: Zaid Ibrahim.
Sabtu, 13 Mac 2010
Ditangguh !!!

Perhimpunan aman bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) di Parlimen esok ditangguhkan, kata penyelaras Protes, Dr Hatta Ramli.
Katanya, ini ekoran keputusan kerajaan untuk tidak membentangkan rang undang-undang GST bagi bacaan kedua di sidang parlimen yang bermula esok.
Dr Hatta yang juga ahli parlimen Kuala Krai menyifatkan penangguhan pembentangan rang undang-undang GST itu sebagai satu kemenangan rakyat.
Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Dr Hatta berkata perhimpunan tersebut ditangguhkan kepada satu tarikh yang belum ditetapkan.
Bagaimanapun, katanya, perhimpunan akan diadakan sekiranya timbul keperluan.
Ditanya sebab khusus perhimpunan esok ditangguhkan, Dr Hatta berkata: "Kita kena bersifat reasonable (munasabah) kerana kita sedia menimbang suasana yang berubah ini"
Bagaimanapun, beliau mengingatkan bahawa mereka tidak akan berhenti daripada menentang pelaksanaan GST itu.
Menurutnya, semua bentuk kempen akan diteruskan seperti ceramah dan pengedaran risalah mengenainya.
Beliau juga memohon maaf kepada orang ramai yang telah telah membuat persediaan untuk menghadiri perhimpunan esok.
Dr Hatta juga berharap penangguhan perhimpunan esok tidak akan melemahkan semangat rakyat dalam menentang pelaksanaan GST.
"Sekiranya kerajaan bermain-main dengan keputusan ini, saya yakin rakyat akan marah dan akan turun dengan lebih besar.
"Jika mereka beriya-iya sangat nak bentang, kita akan beri respond dengan berlipat kali ganda," katanya.
Khalid tetap mahu teruskan walau secara tertutup
SHAH ALAM - Ahli Parlimen Shah Alam dari Pas, Khalid Abdul Samad menganggap kenyataan Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan yang memberi amaran supaya tidak diadakan debat secara terbuka antaranya dengan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin sebagai 'pelik bin ajaib'.
Namun katanya, beliau masih bersedia untuk berdebat walaupun ianya dibuat secara tertutup jika itu adalah peraturan yang dibenarkan konon-kononnya supaya rakyat tidak terkeliru seperti tanggapan Musa.
“Sepatutnya, Ketua Polis Negara sudah berikan amaran sejak awal lagi ketika isu kalimah Allah ini mula bangkit, saya hairan kenapa debat saya dengan Zulkifli tidak boleh dibuat secara terbuka, bukannya kami mahu orang ramai merusuh.
“Bagi saya kenyataan seperti ini adalah alasan untuk selamatkan UMNO dan Zulkifli sendiri,” katanya ketika dihubungi oleh Sinar Harian semalam.
Si Katak diberi kandang khas
Ahli Parlimen Bebas Diberi Tempat KhasSidang Mesyuarat Kedua, Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 yang akan dirasmikan Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin, pada Isnin ini akan menyaksikan tujuh Ahli Parlimen Bebas diletakkan dalam satu kelompok di Dewan Rakyat.
Mendahului kedudukan Ahli Parlimen Bebas itu ialah Ahli Parlimen Pasir Mas Datuk Ibrahim Ali yang akan duduk di barisan ke-3, diikuti Datuk Seri Zahrain Mohamed Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) di barisan ke-4 di blok F.
Ahli Parlimen Sepanggar, Datuk Eric Enchin Majimbun pula akan berada di barisan terakhir blok berkenaan bersama-sama dengan Datuk Dr Chua Soon Bui (Tawau) dan Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu).
Setiausaha Dewan Rakyat, Datuk Roosme Hamzah, berkata kedudukan baru Ahli Parlimen Bebas itu sudah mendapat kelulusan Yang Dipertua Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia.
“Bagaimanapun, kedudukan Ahli Parlimen Bebas itu masih tertakluk kepada perubahan seperti kemungkinan beralih kerusi,” katanya pada taklimat kepada media mengenai persiapan menjelang Penggal Ketiga Parlimen Ke-12 di sini, semalam.
Roosme berkata, mesyuarat Parlimen itu akan berlangsung selama 32 hari, dari 15 Mac hingga 15 April depan dan 11 hari (26 April hingga 6 Mei).
Tuanku Mizan yang menyempurnakan istiadat pembukaan Penggal Ketiga Majlis Parlimen itu akan turut bertitah di Parlimen sebelum titahnya dibahaskan selama tujuh hari, manakala tempoh empat hari diperuntukkan kepada menteri Kabinet untuk menjawab perbahasan.
Selain tujuh wakil Bebas, persidangan Parlimen kali ini menyaksikan 137 kerusi adalah wakil Barisan Nasional (BN) manakala 78 kerusi wakil Pakatan Rakyat.
Pemuda Pas Kutuk Akhbar Sweden Hina Nabi Muhammad
Ketua Pemuda PAS Nasrudin Hassan turut melahirkan kekesalannya dengan tindakan negara-negara Eropah yang masih melakukan perkara tersebut.
Pemuda Pas akan menghantar memorandum bantahan kepada Kedutaan Sweden selepas sembahyang Jumaat pada minggu depan, katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Dewan Pemuda Pas ke-10 di sini hari ini. - BERNAMA