





























Itu berbohong namanya!..." Akhirnya, Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail bersuara setelah sekian lama mendiamkan diri, melihat kerenah Zulkifli Noordin sejak kebelakangan ini.
Dengan kata lain, Zulkifli Noordin (gambar kanan) perlu menjawab selewat-lewatnya pada 13 Februari, untuk memilih sama ada menghadap pada 18 atau 23 Februari, katanya.
Setiausaha Agung ini menjelaskan, seandainya Zulkifli menerima surat berbunyi "...'Saudara dengan ini dihantar oleh parti untuk menghadiri satu persidangan di Korea'. Tandatangan oleh Setiausaha Agung atau Presiden. Yes, anda boleh dakwa anda dihantar. Ini tidak. Pertubuhan Korea hantar email kepada semua ahli parlimen. Siapa nak pergi Korea, tambang pergi balik bayar sendiri; hotel, pengangkutan, makan minum di sana, organisasi itu akan bayar."
"Nampak? Kamu (Zulkifli) tak jawab dalam masa lima hari, satu bab. Kamu hanya hantar beberapa jam sebelum anda hendak berlepas. Kamu buat PC (sidang media), kamu kata 'parti tahu tapi parti hantar. Parti ada niat jahat untuk bertindak'..."
Ketika membincangkan isu disiplin, Saifuddin berkata, "Parti politik ini satu organisasi politik. Organisasi politik ini, bukan semua boleh kita selesai ikut buku. Bukan semua kita boleh selesai dengan perlembagaan. Dia ada proses timbang-taranya. Negotiation-nya (perundingannya). We don't simply take action without go into due process."
Beliau bersambung, "Sekarang kita ambil tindakan. Bukan kerana tekanan di luar, tidak. Kerana kita dah melalui semua proses tapi hasilnya tidak memuaskan, misalnya. Dan ini terus berjalan dan berlaku lagi (kesilapan yang sama diulangi)."















Datuk Seri Dr Chua Soi Lek hari ini mengumumkan perletakkan jawatannya sebagai timbalan presiden MCA.
Pengumuman itu dibuat di ibu pejabat MCA di Kuala Lumpur.
Dengan perletakan jawatan itu, presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat kini tidak mempunyai banyak pilihan selain mengadakan pemilihan baru kepemimpinan parti.
Chua juga menuntut pemilihan baru diadakan dalam tempoh sebulan untuk menyelesaikan krisis parti itu.Ini bermakna 21 orang iaitu dua pertiga daripada anggota CC yang dipilih telah meletak jawatan bagi membolehkan pemilihan baru diadakan.