Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Rabu, 3 Mac 2010

Ya Allah, berilah balasan kepada pengkhianat ini..

[selipar.JPG]

Ribuan jemaah akan mengadakan solat hajat agar ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri diberikan balasan setimpal oleh Allah kerana mengkhianat perjuangan setelah diberi ruang bertanding atas tiket Pakatan Rakyat.


Ahli Majlis Syura Ulama PAS Ahmad Awang (kiri) berkata beliau akan menganjurkan solat hajat selama tujuh hari tujuh malam supaya Mohsin diberikan hukuman setimpal kerana mengkhianati perjuangan, kecuali dia mengosongkan kerusi Bagan Serai.

“Kita memberi tempoh tujuh hari mulai semalam supaya beliau meletak jawatan. Jika tidak kita akan anjurkan solat hajat supaya Allah menghukumnya kerana mengkhianati perjuangan. Biarlah Allah menentukan bentuk hukumannya,” kata Ahmad Awang.

Bekas Pesuruhjaya PAS negeri Perak itu berkata, solat hajat itu adalah anjuran beliau sendiri dan terbuka kepada pengundi dan penyokong PAS serta seribu pelajar sebuah pusat pengajian agama.

Mengimbau ketika Mohsin dipilih sebagai calon Pakatan Rakyat pada PRU 12 itu, Ahmad berkata, tiada siapa mengenali Mohsin ketika itu dan banyak pihak termasuk pengundi dan penyokong PAS bertanyakan siapakah Mohsin?

'Saya bertungkus lumus memastikan kemenangan Mohsin. Waktu berkempen itu, kita bawa dia, iring ke sana ke mari. Saya (sendiri) cakap pada pengundi, kalau tuan-tuan undi Mohsin, samalah macam tuan-tuan undi saya,” katanya.

Sementara itu di Bagan Serai, kira-kira jam 10 pagi tadi, sejumlah 200 orang berhimpun di depan Pusat Khidmat Mohsin mendesak wakil rakyat itu meletakkan jawatan segera.

Perhimpunan besar-besaran bantah GST dianjur

Sekumpulan pertubuhan hak asasi manusia dan parti-parti pembangkang akan berhimpun secara besar-besaran bagi membantah pelaksanaan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) apabila Dewan Rakyat bersidang 15 Mac ini.


Kumpulan yang menamakan diri mereka sebagai Protes, berharap berjaya menarik perhatian f Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin, yang dijadualkan tiba di bangunan Parlimen pada jam 9 pagi.

Rang undang-undang cukai barangan dan perkhidmatan itu akan dibentangkan untuk bacaan kedua pada sidang Dewan Rakyat akan datang.

Menurut penyelaras Protest, Dr Hatta Ramli ( dua dari kiri), kumpulan berkenaan membantah pelaksanaan GST kerana ia membebankan golongan miskin.

"Kami mahu Yang di-Pertuan Agong memahami dan melihat sendiri bahawa rakyat menentang GST," jelasnya pada sidang media di markas PAS, hari ini.

Perhimpunan itu, katanya akan dijalankan secara aman dan tidak akan menganggu kelancaran lalu lintas.

"Kami jangkakan ia adalah bantahan yang paling aman dalam sejarah Malaysia kerana kami tidak mahu sidang Parlimen terganggu," sambungnya.

Justeru, menurut ahli parlimen Kuala Krai itu, kumpulannya tidak bercadang memohon permit.

"Menurut bancian yang dijalankan oleh badan bebas, sebahagian besar rakyat Malaysia menolak GST," katanya.

Cermin dulu dirimu UMNO !!!!



I
su permasalahan Melayu dan kepimpinan kerajaan Pulau Pinang yang dikatakan menjadi faktor Ahli Parlimen Bayan Baru Datuk Seri Zahrain Hashim dan Ahli Parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng meninggalkan perjuangan parti, sebenarnya merupakan dakwaan tidak tepat.

Sebaliknya pelbagai isu yang didakwa berlaku di Pulau Pinang berpunca dari kesilapan politik Umno-Barisan Nasional yang gagal menguruskan negeri itu dengan baik selama lebih 50 tahun.

Ahli Parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusuf berkata bukan sesuatu yang mudah untuk membawa perubahan di Pulau Pinang selepas Pakatan Rakyat mengambilalih segala kebobrokan yang ditinggalkan rejim BN.

"Sebagai pemimpin Balik Pulau, isu yang ditimbulkan oleh Zahrain dan Tan Tee Beng menggambarkan bahawa cabaran mengurus kepimpinan politik Pulau Pinang amat sukar, bagaimana dalam masa 50 tahun pelbagai usaha, sumber, dana dan politik digunakan tetapi Umno gagal membela hak orang Melayu contohnya,'ujar beliau.

Sebaliknya kata Yusmadi Umno dan BN kini menunding jari kepada Pakatan Rakyat dengan mendakwa kerajaan Pulau Pinang gagal membela nasib melayu di negeri itu.

"Saya ingin beritahu pemimpin Umno di Pulau Pinang terutama Ketua Perhubungan Umno, Zahid Hamidi supaya cermin diri sendiri. Bagi saya jangan tipu orang Pulau Pinang, kerana orang Pulau Pinang telah cukup menderita. Sekarang mereka memberi ruang kepada kepimpinan baru dan inilah tanggungjawab saya.

"Gabungan BN telah gagal menyelesaikan masalah Melayu di Jelutong, di Balik Pulau, hari ini saya mendepani. Bagi saya apabila Umno bangun menempelak Pakatan Rakyat yang dikatakan gagal dalam masa dua tahun, itu ibarat menepuk air di dulang, terkena muka sendiri.

Menyifatkan Lim Guan Eng sebagai seorang Ketua Menteri yang bekerja kuat dan berpegang kepada asas Pakatan Rakyat yang berlandaskan prinsip keadilan, Yusmadi memberi sokongan yang tinggi kepada kepimpinan Guan Eng.

"Dalam kerencaman cabaran hari ini saya masih menaruh harapan Lim Guan Eng mampu melakukannya kerana kita tidak diasosiasikan dengan isu rasuah, isu urustadbir dan sebagainya,"katanya.

"Dengan sikap rendah diri saya Ahli Parlimen baru yang tak ada pun "track record" sebagai orang politik, saya perlu belajar kerana cabaran di Pulau Pinang itu hebat. Saya yakin di bawah kepimpinan Anwar Ibrahim, insyaAllah saya boleh melakukannya," tambah beliau.

Menurut Yusmadi, dalam membawa agenda perubahan, adalah menjadi suatu perkara biasa apabila sesebuah organisasi politik berhadapan dengan masalah pimpinan dan pengurusan.

Beliau menyifatkan kedua-dua pemimpin seperti Zahrain dan Tee Beng telah "terkorban" dalam memenuhi sebuah citra politik baru.

"Sebagai seorang yang faham tentang perjuangan politik, adalah munasabah untuk sebuah parti baru selama 10 tahun dengan pencapaian sebegini hebat dan harapan rakyat yang menggunung tinggi, mengalami dan perlu sedikit pelarasan,"katanya.

"Adalah munasabah isu pengurusan lebih baik berbanding isu Umno-BN yang mengalami isu dasar, isu perkauman, isu agenda ekonomi dan sosialnya, agenda pendidikannya, yang mana telah ditolak dan memerlukan satu reformasi baru,"

"Tetapi kita di sini masih teguh dari segi dasarnya, bagi saya kalau saya mahu meyakinkan rakyat antara dua pilihan ini, pilihlah parti yang jelas dari segi dasar. Saya yakin pilihan raya akan datang rakyat boleh faham dan saya memberi keyakinan penuh untuk rakyat membuat pilihan," katanya. -SK

AMK Selangor desak Noh letak jawatan



SHAH ALAM - Angkatan Muda Keadilan (AMK) Selangor mendesak Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Seri Noh Omar meletakkan jawatan jika terus gagal menangani isu bekalan dan harga ikan negara dengan baik.

Ketua Penerangannya, Mohd Ezli Mashut berkata, desakan itu dibuat berikutan tindakan kerajaan yang menguatkuasakan penggunaan Kotak Ikan Berinsulasi Bergred Makanan (KIBFG) bermula 1 Mac lalu.

Menurutnya, tindakan berkenaan menyebabkan kos meningkat dan ia menjadi faktor utama kepada kenaikan harga ikan.

“Bebanan kos yang dihadapi ini memberikan impak maksimum kepada rakyat apabila harga ikan naik mendadak.

“Ini menjejaskan kualiti pendapatan rakyat dan menyebabkan kesan rantaian kenaikan harga berterusan,” katanya dalam satu kenyataan, di sini, semalam.

Beliau berkata, AMK Selangor prihatin terhadap kebajikan rakyat akibat kenaikan berterusan satu persatu bahan makanan rakyat yang semakin gagal dikawal dengan baik oleh kerajaan.

Katanya, AMK Selangor menggesa agar Petunjuk Prestasi Utama (KPI) Menteri berkenaan diberi taraf rendah kerana gagal memahami masalah yang dihadapi oleh pengimport dan pemborong ikan.

Mohd Ezli berkata, kesan terbesar ialah kepada rakyat keseluruhannya yang menerima kesan langsung apabila kualiti pendapatan boleh guna rakyat terjejas.

“AMK Selangor berharap Menteri berkenaan lebih prihatin dan empati sebelum melaksanakan apa-apa jua tindakan.

“Kebajikan dan kesan yang diterima oleh rakyat perlu diberi perhatian agar rakyat tidak didahulukan menjadi mangsa,” katanya.

Selasa, 2 Mac 2010

Atas nama Allah, saya ingin mengumumkan mahu keluar dari PKR- Mohsin










Ahli Parlimen PKR yang ketiga, dari Bagan Serai, Mohsin Fadzil Samsuri pula keluar parti itu hari ini dan mahu bertindak sebagai wakil rakyat Bebas.

Beliau mengetengahkan masalah dalaman Pakatan Rakyat khususnya isu berkaitan dengan kalimah “Allah” sebagai sebab keluar parti.

“Atas nama Allah, saya ingin mengumumkan mahu keluar dari PKR,” kata Mohsin, wakil rakyat PKR Perak, pada sidang media bersama bekas setiausaha agungnya Datuk Salehuddin Hashim di sini hari ini.

Adakah perjuangan kita seperti pelari ini??

klik untuk besarkan

pelari ini sanggup menahan air besar demi mencapai kemenangan..


adakah perjuangan kita kental walaupun menghadapi cabaran dan dugaan yang perlu ditempuhi??

didalam perjuanagan ini, kita perlu tempuhi semua ini.. inilah dugaan yang diberikan oleh Allah SWT kepada kita..

Umno suka mengutip sampah yang terbuang

[tadah.jpg]

Tenang dan Fokus seterusnya meneruskan perjuangan. Itu seruan Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi PKR, Badrul Hisham Shahrin berhubung serangan Umno/BN terhadap parti itu sejak akhir-akhir ini.

Menurutnya, keluarnya beberapa kerat pemimpin parti itu yang tiada daya juang sebagai satu proses pembersihan dalam PKR menjelang pilihanraya umum akan datang.

Ketua Cabang PKR Rembau itu juga menyifatkan Umno kian dirimbuni ratusan sampah sarap dengan kegemaran mereka mengutip sampah yang terbuang dalam PKR.

“Kita ucapkan syabas dan tahniah kepada Umno kerana suka mengutip sampah yang terbuang dan saya berpandangan ini suatu proses yang sihat dalam PKR,” katanya kepada erapakatan.com ketika dihubungi.

Beliau memberitahu, adalah lebih baik mereka keluar PKR ketika ini dan bukannya menjelang pilihanraya umum akan datang kerana kesannya pasti berbeza.

“Sudah menjadi tabiat Umno mengumpan dan memancing beberapa kerat pemimpin yang tiada daya juang untuk keluar parti dan saya mengucapkan selamatlah pada Umno kerana gemar menyimpan sampah sarap ini," tambah tokoh anak muda itu.

http://photos-d.ak.fbcdn.net/hphotos-ak-snc3/hs388.snc3/23708_1393219831783_1270773921_1175226_4627580_n.jpg

Isnin, 1 Mac 2010

Isu pelepasan LTDL yang membelakangi TG Nik Aziz dibangkit pada sidang DUN



https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEjnr2MORs3nMjeG_yJP34haNpMli2kREb_l-0hgyLiRX9I3CeuQgDhxbmVzQGbKF4Bz2ihIz4fCvmX4hvouU_Vf5tpcs2-NLyXIhwX_RpOKyCPqLXosi-LXy10zXb6_3qE_LyIMsPHgyZs/s400/ltdl2010.jpg

KOTA BAHARU - Persidangan Dewan Undangan Negeri (DUN) Kelantan hangat seketika apabila beberapa wakil kerajaan membangkitkan tindakan penganjur perlumbaan berbasikal Le Tour de Langkawi membelakangkan Menteri Besar, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada upacara melepaskan peserta semalam.

Rata-rata wakil rakyat PAS itu mendesak agar Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengambil tindakan segera terhadap penganjur yang didakwa mereka telah memalukan bukan sahaja kepada Nik Aziz tetapi kepada rakyat Kelantan keseluruhannya.

Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Insan, Belia, Sukan dan NGO negeri, Abdul Fatah Mahmood berkata, beliau telah menghantar mesej kepada Najib melalui laman sosial Facebook Perdana Menteri itu hari ini.

"Saya juga sudah mengutus surat secara rasmi kepada Perdana Menteri hari ini agar sesuatu tindakan susulan diambil terhadap penganjur yang telah memalukan Menteri Besar (Nik Aziz) dan juga rakyat Kelantan," katanya pada sesi soal jawab persidangan DUN, di sini hari ini.

MP Nibong Tebal pulak lompat !!!

KUALA LUMPUR, 1 Mac -- KELUAR PARTI ... Anggota Parlimen Nibong Tebal, Tan Tee Beng menunjukkan kenyataan akhbar selepas mengumumkan beliau keluar daripada Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika mengadakan sidang akhbar di sini, hari ini.
Beliau turut mengumumkan meletakkan semua jawatan dalam parti dan menjadi wakil rakyat Bebas.

Sumber : Bernama

lepas ni harap DS Anwar pilih calon yang bersih dan berpegang pada perjuangan...

Adakah Anwar tidak lagi 'relevan' ?

[2767571400_213b1c75c6.jpg]
Saya ingin menegaskan bahawa, masih teguh berdiri di belakang perjuangan Anwar Ibrahim dalam kempennya menyelamatkan negara ini dari cengkaman pemerintahan kuku besi yang menindas rakyat marhein. Lawan tetap... lawan.

Walaupun Anwar Ibrahim sendiri yang melompat masuk UMNO, lawan tetap... lawan.

Walaupun semua kepimpinan PAS menyertai UMNO, lawan tetap... lawan.

Saya tetap akan pastikan BN akan menemui kegagalan total dalam PRU akan datang. Walau tinggal saya seorang, lawan tetap... lawan.

Malaysiakini melaporkan- Lagi Gelora Melanda PKR;

Selepas dilanda gelora awal bulan ini ekoran tindakan ahli parlimen Bayan Baru, Datuk Zahrain Mohd Hashim meninggalkan PKR, kini ada lagi turut melompat parti.

Media melaporkan 77 ahli Pemuda PKR dari kawasan parlimen ketua umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim - Permatang Pauh - keluar parti dan menyertai Umno.

Antara mereka, menurut laporan tersebut, ialah timbalan ketua AMK cawangan Guar Jering, Fakhrul Che Umar dan bendahari cawangan yang sama, Hesabudin Md Isa.

Fakhrul dilaporkan berkata, selepas dua tahun memerintah, pergeseran antara parti-parti komponen Pakatan semakin parah.

"Bolehkan anda bayangkan sekiranya Pakatan menguasai kerajaan pusat?" Fakhrul dilaporkan berkata semalam, dalam satu majlis yang turut dihadiri pengerusi Umno negeri itu, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Fakhrul dilaporkan berkata, AMK tidak menerima sebarang peruntukan daripada PKR untuk menganjurkan majlis untuk rakyat.

Hesabudin pula berkata, Pakatan telah mengabaikan kebajikan rakyat dan ekonomi kerana sibuk bertelagah sesama mereka.

Hesabudin dan Fakhrul menyerahkan borang permohonan menyertai umno bersama yang lainnya kepada ketua Umno cawangan Guar Jering, Saiful Hassan.

Ahmad Zahid pula dilaporkan berkata di majlis tersebut bahawa anggota sayap Pemuda PKR itu kini telah menyedari bahawa Anwar tidak lagi 'relevan'.

Katanya, mereka sebelum ini menyokong Anwar kerana percayakan bahawa perjuangannya adalah untuk Islam dan hak orang Melayu.

Bagaimanapun, katanya, mereka kini sedar bahawa ketua umum PKR itu telah mengelirukan mereka.

Dan malam ini pula, bekas timbalan ketua menteri 11 Pulau Pinang dan bekas ADUN Penanti, Mohd Fairus Khairuddin pula menyertai Umno.

Fairus membuat pengumuman tersebut di majlis yang turut dihadiri Perdana Menteri yang juga presiden Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak, di Ampang.
Fairus berkata bahawa beliau mengambil keputusan keluar dari PKR atas dasar untuk mempertahankan prinsip perjuangan untuk agama, bangsa, tanahair dan kepentingan rakyat Malaysia.

"Saya umumkan penyertaan saya dalam Umno dan BN dan keluar dari PKR atas dasar hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinannya," kata Fairus.

Katanya, keputusannya untuk menyertai Umno dibuat selepas mempertimbang perkembangan sejak tiga bulan lalu ekoran kontroversi isu Allah.

Beliau mendakwa bahawa pendirian PKR dalam isu tersebut adalah mengecewakan dan bercanggah dengan perjuangan parti itu.

Najib pula mengalu-alukan penyertaan Fairus ke dalam Umno selepas hilang kepercayaan terhadap pucuk pimpinan PKR.

katanya, beliau selaku presiden Umno menerima dengan hati terbuka kemasukan Fairus ke dalam Umno.

Di majlis tersebut, Fairus menandatangani borang permohonan menyertai Umno dan ahli Seni Silat Gayong.

Dua minggu lalu, Zahrain yang juga bekas pengerusi PKR Pulau Pinang, keluar parti itu, atas alasan kecewa dengan kepimpinan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng dan perjuangan PKR dalam Pakatan.



Saya berdoa agar ludah ini tidak akan saya jilat kembali !

Zul lidah biawak !!!!

Oleh ramziredang

"Dalam isu antara Zulkifli Nordin dan PKR, saya sering berbaik sangka dan ingin mendengar hujah kedua dua pihak. Saya juga yakin ramai pembaca yang mengikuti perkembangannya sama sependapat dengan saya. Walaupun Yb Zul sering berhujah banyak mengutuk menikam kawan kawannya sendiri, walaupun Yb Zul berperangai seolah olah melalut seorang diri, hentam sana hentam sini, saya masih beranggapan dia mungkin ada sebab tersendiri

Sebelum bertolak ke luar negara Yb Zul sempat mempersoalkan kenapa dia dipanggil mengadap lembaga disiplin ketika dia berada di luar negara. Kemudian bila lembaga disiplin PKR setuju untuk meminda tarikh ke 1 mac, rasanya banyak pihak yang merasa lega dengan keputusan tersebut. Namun bila Yb Zul menyatakan tidak akan menghadiri siasatan lembaga disiplin tersebut, maka sekarang ternyata Yb Zul telah tertikam dengan kata katanya sendiri.

Ternyata dalam permainan bolasepak antara Yb Zul dan PKR ini, Yb Zul telah menyumbat gol sendiri. Air ludahnya telah tempias ke mukanya sendiri. Langit nistanya telah runtuh di atas kepalanya sendiri. Talam ego yang ditepuknya terpercik ke mukanya sendiri. Ternyata Yb Zul terperangkap dengan permainan yang diciptanya.

Ternyata 'firaun kecil' yang disebutnya adalah dirinya sendiri. Apapun alasannya, sepatutnya Yb Zul hadir ke lembaga disiplin. Supaya dapat membuktikan dirinya tidak berkata kata seperti seorang munafik. Yb Zul ada beralasan mengatakan apakah lembaga disiplin akan berlaku adil terhadapnya. Macamana seorang peguam sepertinya boleh bertanya seperti itu sedangkan dia awal awal lagi tidak akan datang dan tidak berhujah di depan lembaga disiplin.

Nampaknya ternyata Yb Zul benar seperti kata setengah orang, ada agenda tersendiri dalam memelihara jawatannya. Dia tidak lain adalah satu senjata pihak musuh untuk mengkucarkacirkan Pakatan Rakyat. Perbuatannya ini dengan sendirinya mengesahkan bisikan bisikan yang mengatakan adanya perjanjian sulit antara dia dengan pihak yang bertanding menentangnya dalam pilihanraya lalu. Sebab itulah petisyen terhadapnya tidak diteruskan oleh Abdul Aziz(petisyen kerana Yb Zul tidak mengistiharkan perbelanjaan pilihanraya2004) Nah itulah bukti siapa sebenarnya 'firaun kecil'.

Akhirkata terhadap Yb Zul:

kalau berkata lidah jangan bercabang
kalau bertindak biarlah seperti anak jantan
hal agama jangan jadi barang jualan
terhadap musuh jangan rela dijadikan barang dagangan
terhadap kawan, jangan suka jadikan tempat menikam belakang
ingatlah diri kita sentiasa diperhatikan
'firaun kecil' yang sebenar telah terlondeh dipandangan
tunggulah rakyat jalankan hukuman