
KOTA BAHARU - Satu usul berhubung isu tuntutan royalti minyak mungkin dikemukakan pada persidangan Dewan Undangan Negeri Kelantan esok bagi membawa isu tuntutan itu ke mahkamah, kata Pengerusi Jawatankuasa Tuntutan Royalti Petroleum Kelantan, Datuk Husam Musa.
"Saya tidak tahu apa yang akan Adun bincangkan esok. Mungkin mereka akan membawa satu usul mengenai itu. Ini akan menguatkan lagi langkah kerajaan negeri untuk membawa isu itu ke mahkamah kerana ia mendapat mandat daripada DUN negeri," katanya kepada pemberita selepas mesyuarat Exco di sini hari ini.
Hari ini kerajaan negeri menjemput semua Adun termasuk Adun Barisan Nasional (BN) untuk mendengar taklimat berhubung royalti minyak Kelantan yang diberikan oleh bekas Ketua Hakim Negara, Tun Salleh Abas dan bekas Ketua Jabatan Undang-Undang Petronas Nik Saghir Mohd Noor.
Husam yang juga Exco Kanan kerajaan Negeri Kelantan, berkata melalui taklimat itu, beliau berharap kesemua Adun mendapat penjelasan lebih nyata dan membincangkan isu tuntutan royalti minyak Kelantan pada sidang dewan.
Beliau berkata kerajaan negeri perlu mendapatkan sokongan daripada DUN kerana sewaktu perjanjian antara Petronas dan kerajaan negeri pada 1975, perkara itu dibawa di dalam sidang DUN untuk dipersetujui bahawa lima peratus hasil keuntungan minyak di Kelantan diberikan kepada negeri dan lima peratus lagi diberikan kepada pusat.-Bernama
Senarai Blog Saya
-
Kutipan Dana PRK P067 Kuala Kangsar - Bersempena dengan pilihanraya kecil P067 Parlimen Kuala Kangsar yang akan berlangsung pada 5 Jun akan datang, sudilah kiranya tuan-puan dan puan-puan sek...10 tahun yang lalu
JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....
Ahad, 28 Februari 2010
Usul royalti minyak mungkin dibentang dalam sidang dewan
Sabtu, 27 Februari 2010
Anwar, Abdul Hadi berpotensi jadi PM
KUALA TERENGGANU – Naib Yang Dipertua Pas Kawasan Dungun, Azman Shapawi Abdul Rani menyifatkan orang Melayu lebih sesuai menjadi Perdana Menteri dalam konteks negara buat masa ini.
Beliau yang tidak bermaksud mempertikai kebolehan mana-mana pihak terutama cadangan supaya Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng menjadi Perdana Menteri berkata, keadaan itu berdasarkan kepada beberapa faktor yang lebih memihak kepada orang Melayu.
Beliau berkata, antaranya kerana jawatan Perdana Menteri adalah dipilih dalam kalangan pemimpin parti yang mempunyai kemenangan majoriti selain pelantikan dibuat oleh Yang di-Pertuan Agong.
“Jadi, cadangan Guan Eng untuk menjadi Perdana Menteri tidak sesuai dalam konteks negara buat masa ini, mesti orang Melayu tetapi saya tidak ingin menamakan sesiapa,” katanya kepada Sinar Harian ketika dihubungi, semalam.
Azman Shapawi pada masa yang sama tidak menafikan Ketua Umum Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim mempunyai potensi menjadi Perdana Menteri, tetapi tidak menolak Presiden Pas, Datuk Seri Abdul Hadi Awang turut berpeluang berdasar kepada pengalaman luas dalam bidang politik.
Menurut Azman Shapawi, beliau meminta mana-mana pihak agar tidak perlu berbincang secara serius berhubung siapa pemimpin Pakatan Rakyat (PR) yang layak menjadi Perdana Menteri kelak.
Beliau yang juga Timbalan Ketua Dewan Pemuda Pas Pusat sebaliknya berkata, perkara utama adalah tumpuan dan usaha untuk menumbangkan Barisan Nasional (BN).
Menurutnya, semua pihak ketika ini perlu memperkemas jentera parti selain melakukan beberapa pendedahan dalam usaha mencapai matlamat tersebut.
“Tidak perlu fokus siapa pemimpin PR yang sesuai untuk menjadi Perdana Menteri, tetapi sekarang ialah usaha ke arah menumbangkan BN. Apabila hampir kepada pilihan raya, barulah diberi gambaran awal siapa yang perlu jadi Perdana Menteri.
“Buat masa ini, PR banyak kerja lain untuk memastikan matlamat tercapai, tidak perlu serius sangat mengenai perkara itu, tetapi kalau mahu dibincangkan di kedai kopi, kita tidak dapat mengawal,” katanya.
Mahathir dikata tahu pembunuh Altantunya
Rata-rata rakyat Malaysia termasuk di kampung-kampung dan di bandar-bandar sudah tidak meletakkan harapan kepada Polis dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia untuk apa-apa tindakan dalam kes ini.
Beberapa orang penduduk di Jerlun dan Kubang Pasu yang ditemui berkata, mereka yakin sudah tentu mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamed tahu siapa sebenarnya yang terlibat dalam pembunuhan wanita Mongolia itu.
Ini berdasarkan (pengetahuannya) tentang kes dalam kelambu Anwar Ibrahim pun Mahathir tahu cerita, takkanlah samada Najib terlibat atau tidak, beliau tak tahu tanya orang kuat Johari Baharom di Megat Dewa.
Kata mereka, rakyat Malaysia akan berterima kasih banyak-banyak kepada Tun jika beliau boleh mendedahkan samada penglibatan pemimpin tertinggi negara seperti yang dihebohkan satu dunia ini, betul atau sebaliknya.
Ramai yang berpendapat, jika tahu, sudah sampai masanya Tun Dr Mahathir Mohamed meluahkan apa yang terpendam demi kebaikan agama, bangsa dan negara.
"Malu kita dan UMNO dibuat isu ini. Di mana-mana pun orang bercakap mengenai integriti dan ketelusan" kata penyokong kuat Mukhriz Mahathir.
Jika terjadi apa-apa kepada Najib, bukankah Muhyiddin sedang menanti untuk menerajui UMNO, Barisan Nasional dan sebagai Perdana Menteri.
"Patah tumbuh, hilang berganti. Tangkap Najib, Muhyiddin sedia ganti".
sumber
kerajaan Kelantan tak campur !!

Kerajaan Kelantan tidak akan menyekat langkah kerajaan Pusat untuk memberi wang ehsan kepada rakyat negeri itu melalui Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP), kata Timbalan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah (kiri).
Beliau, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Islam, Pendidikan dan Dakwah Negeri, berkata apa yang menjadi tuntutan kerajaan negeri ialah wang royalti, bukannya wang ehsan.
"Soal dia nak bagi wang ehsan kepada rakyat Kelantan melalui JPP kita tidak sekat kerana itu hak mereka, malah kita tidak akan ambil tahu (kepada siapa wang itu hendak diberikan).
"Soal Kerajaan (Pusat) nak bagi wang ehsan serah pada dia, tetapi kita tetap tuntut royalti. kita akan usaha melalui pelbagai cara yang munasabah," katanya kepada pemberita, di Kota Bharu hari ini.
Beliau diminta mengulas mengenai kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak bahawa kerajaan Pusat tetap mahu memberi wang ehsan kepada Kelantan kerana yakin ada rakyatnya yang mahu menerima pemberian berkenaan.
Kerajaan Kelantan bertegas mahukan kerajaan pusat membayar royalti minyak dan bukan wang ehsan walaupun pemimpin Barisan Nasional mendakwa, negeri tersebut tidak layak menerima royalti kerana dua telaga minyak yang didakwa milik Kelantan terletak lebih tiga batu nautika dari pesisiran pantai negeri itu.
Dua telaga minyak berkenaan terletak 150 batu nautika dari perairan Kelantan dan Kerajaan pusat bersetuju memberi RM20 juta wang ehsan kepada penduduk Kelantan, yang merupakan bayaran pertama sebanyak lima peratus daripada hasil dua telaga minyak pada 2008.
Perkara ini seperti yang termaktub dalam perjanjian Akta Peroleum 1974, iaitu bayaran lima peratus daripada hasil keuntungan minyak dan gas kepada kerajaan negeri.
- Bernama

Jumaat, 26 Februari 2010
Lagi pemimpin luar negara desak gugur kes Anwar

Menurutnya, jika Malaysia mahu mengambil tempat sebagai antara negara progresif di dunia, adalah sangat penting tuduhan yang didakwanya bermotifkan politik itu digugurkan.
“Sebagai sebuah negara demokratik yang menghormati hak asasi manusia dan undang-undang antarabangsa, Anwar juga harus diberikan kebebasan untuk melaksanakan visinya,” katanya di dalam :The Globe and Mail:, sebuah portal berita di negara itu.
Dalam kenyataan berkenaan, beliau menegaskan Anwar adalah seorang yang amat komited terhadap demokrasi, keadilan dan undang-undang negara.
“Saya telah lama mengenalinya, semenjak beliau menjadi Menteri Kewangan Malaysia dan saya Menteri Kewangan Kanada.
“Saya melahirkan rasa kesal beliau diperlakukan sebegitu rupa kerana komitmennya kepada prinsip tersebut,” katanya.
Martin adalah bekas Perdana Menteri Kanada dari 2003 hingga 2008 selain menjadi Ahli Parlimen selama 20 tahun dan Menteri Kewangan dari 1993 hingga 2002.
Menurutnya, kehadiran ramai pemerhati dan perwakilan asing semasa perbicaraan kes liwat Anwar merupakan bukti jelas betapa prihatinnya masyarakat antarabangsa terhadap kes beliau.
“Beliau kini dilihat sebagai ancaman kepada pegangan kuasa kerajaan yang memerintah pada pilihan raya akan datang. Ini faktor utama yang mendalangi tuduhan terbaru terhadap beliau,” katanya.
Sebelum ini, 50 Ahli Parlimen Australia yang diketuai oleh Michel Danby menghantar surat bantahan kepada Pesuruhjaya Tinggi Canberra, Datuk Salman Ahmad agar Kerajaan Malaysia menggugurkan tuduhan liwat yang dikenakan terhadap Anwar.
Ia kemudian disusuli kenyata:an Pengerusi Jawatankuasa Hubungan Luar Senat Amerika Syarikat (AS), John Kerry yang menggesa kerajaan memastikan perbicaraan yang adil :dan saksama kepada Anwar.
Duta Besar Malaysia ke AS, Datuk Seri Dr. Jamaluddin Jarjis berkata, kenyataan Kerry adalah peribadi.
Buku pon deme takut.. hahaha
“Saya mendapat tahu bahwa polis merampas buku yang tidak diketahui jumlahnya di Bukit Mertajam dan Butterworth," katanya.
Beliau berkata operasi itu diketuai Cif Insp Mohd Noor Azlan Mansor daripada balai polis Seberang Perai. Pulau Pinang. Malaysiakini masih belum berjaya menghubungi pegawai berkenaan untuk mendapatkan penjelasan.
Buku berjudul 'Isu dalam Kartun' itu merupakan kompilasi karya daripada pelbaagi artis, menyentuh isu-su semasa seperti kes kehilangan enjin jet pejuang, kontroversi penggunan kalimah Allah dan juga pengenalan cukai barang dan perkhidmatan (GST).
Kulit buku tersebut menarik perhatian pembaca kepada dua karya di dalamnya yang bertajuk 'Sumpah di Bumi Komisen' dan 'Dari PD ke Mongoria' yang ditujukan sinis kepada pemimpin tertinggi negara.
Karya Zulkiflee sebelum ini - '1 Funny Malaysia' dan majalah 'Gedung Kartun' juga dirampas kementerian dalam negeri.
Sumber
Khamis, 25 Februari 2010
PR tidak kisah siapa PM
Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, ia adalah pandangan peribadi dan dalam PR, apa saja yang ingin dilaksanakan perlulah dibawa ke Mesyuarat Majlis PR untuk dipertimbangkan serta bergantung kepada majlis bagi kelulusan.
Menurutnya, setakat ini kita masih belum menentukan siapa yang jadi ketua sepenuhnya sebab ia perlu dibincangkan ketiga-tiga parti.
“Dalam PKR kita ada Anwar, Pas pula Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan DAP calonnya Kit Siang,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.
Pengerusi DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham pula menyatakan memang PR sudah bersetuju Anwar sebagai Perdana Menteri jika PR menang dalam pilihan raya umum ke-13 nanti.
Katanya, kami tidak ada masalah dari segi siapa yang jadi Perdana Menteri sebab kita sudah mempersetujui bersama sama ada PKR, Pas mahupun DAP, semuanya kita terima.
“Lagipun, DAP tidak kisah Perdana Menteri itu Melayu, Cina mahupun India yang penting beliau dapat berkhidmat untuk rakyat dan sentiasa berdamping menyelesaikan permasalahan dalam kalangan rakyat.
“Sebagaimana yang berlaku di Perak, jika pilihan raya umum berlaku dalam masa terdekat dan PR memenangi pilihan raya berkenaan, kami sudah bersetuju untuk memilih Datuk Seri Ir Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar Perak,” katanya.
Bagi Naib Pengerusi PKR Perak, Chang Lih Kang juga mempunyai pandangan yang sama dan mengakui memang Anwar Ibrahim layak untuk menerajui negara sebagai Perdana Menteri berdasarkan pengalaman serta karakternya sebagai bekas Timbalan Perdana Menteri.
“Namun tidak dinafikan juga ketokohan Lim Guan Eng, Datuk Seri Hadi Awang yang mempunyai kredibiliti memimpin.
“Tapi, buat masa sekarang bukan masanya untuk membincangkan isu ini kerana masih terlalu awal, biarlah masa tentukan kemudian,” katanya.
Bukti Umno memperjuangkan Islam !!

1: Umno mempertahankan nama Allah tidak memberi Kristian guna
dalam waktu yang sama Umno kasi izin kapada negeri Sabah, Sarawak dan Pulau Pinang.
2: Umno mempertikaikan Kerajaan Pulau pinang kerana tidak membuat perarakkan maulidur rasul, dalam waktu yang sama Negeri yang di perintah oleh Umno/BN seperti Johor,Pahang dan Perlis tidak mambuat perarakkan.
3: Umno menyalak memperjuangkan Islam
dalam waktu yang sama letak Islam di no 3 fasa 3/3 dlm perlembagaannya
4: Umno berkata MALAYSIA SEBUAH NEGARA ISLAM
dalam waktu yang sama cakap "UMNO BUKAN MENOLAK HUKUM HUDUD CUMA MASIH BELUM MELAKSANAKANNYA
Tapi si Najib suruh Kartika merayu kepada mahkamah..
Si Hishamuddin cakap Malaysia tiada tukang sebat. Ini kenyataan sanagt menggeli hati rakyat Malaysia.
Si Shahrizat pula cakap hukum sebat memberi penganiayaan terhadap golongan wanita!!
Inilah sedikit fakta menarik tentang UMNO/BN yang pemimpinnya mengaku beragama Islam yang memperjuangkan Islam.
YB Khalil Idham Lim Kemalangan
YB Khalil Idham Lim sedang memerhati rakyat membantu membaiki tayar kereta.
Kereta YB Khalil kemek sebelah kiri.
di Balai polis
Adun Titi Serong, YB Khalil Idham Lim terlibat dalam kemalangan berhampiran Bukit Berapit, Jalan lama Kuala Kangsar ke Taiping. Kemalangan tesebut berlaku kira-kra jam 4.30 petang tadi, kenderaan beliau bertembung dengan sebuah lori yang tiba-tiba keluar dari persimpangan.
Saya baru sahaja menghubungi beliau sebentar tadi, Alhamdulillah beliau tiada mengalami sebarang kecederaan. Tetapi keretanya rosak teruk.
gambar ehsan: http://infotambahan.blogspot.com/
ramai lagi yang dipaksa mengaku diliwat Anwar..
~ pendikar gunung kriang
