Jom datang beramai-ramai!
Selasa, 25 Jun 2013
Isnin, 24 Jun 2013
Amal Ijtimaie- Baiki bumbung lagi di Ara Payung
Percaya dengan kerja istioqamah dalam isu kebajikan, PAS Batu Gajah
mengambil langkah pro-aktif untuk terus membantu rakyat yang memerlukan
walaupun dengan dana yang terhad.
Kali ini rumah En Ismail Bin Bakar no 23 Kampung Ara Payung Tambahan 2
yang mana atapnya telah rosak teruk dan berlubang telah menerima bantuan
gotong royong daripada PAS kawasan.
PAS Kawasan Batu Gajah bersama anak kepada En Ismail telah mengeluarkan
belanja sebanyak RM 3000 untuk membaik pulih atap rumah pada penghujung
bulan 5 dan kini telah siap.
Semoga usaha ini menjadi amal jariah bagi para petugas dan menambahkan
keyakinan terhadap Parti islam yang bersifat Hizbullah sejati.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat
Khamis, 20 Jun 2013
Bawa Misi Kebajikan Rakyat ke Sidang DUN; Agenda Besar Radzi Zainon
Bawa Misi Kebajikan Rakyat ke Sidang DUN; Agenda Besar Radzi Zainon
Sememangnya YB Radzi Zainon
yang cukup akrab dengan rakyat melalui panggilan Ustaz Radzi ini kekal
diingatan rakyat melalui agenda kebajikan berterusan yang beliau lakukan selama
ini.
Malah stamina besar yang
beliau peruntukkan untuk meneliti permasalahan asasi rakyat ini juga
menggerunkan pesaing beliau daripada kalangan pimpinan UMNO Gopeng mahupun
pihak bekas ADUN iaitu Datuk Hamidah Osman.
Semasa ditemuramah, YB Radzi
menyatakan dalam siri sidang yang akan datang beliau akan terus mengotakan
janji kepada rakyat untuk membawa isu kebajikan dan keperluan rakyat terutama
kawasan DUN yang diwakilinya.
Selain itu untuk memastikan
pencapaian KPI beliau menangani isu rakyat, beliau akan bersama-sama pihak ADUN
Pakatan Rakyat lain bertindak memantau polisi dan agenda kerajaan negeri BN
agar cocok dengan keadilan dan kesaksamaan kepada rakyat.
Beliau yang cukup serius serta
cakna dengan isu tanah dan penyelewengan juga akan terus menjadikan sidang DUN
sebagai medium terbaik untuk menjalankan tugas check and balance kepada polisi
pentadbiran kerajaan BN Perak.
“Mana-mana kerajaan dan forum
kepimpinan negara dunia memerlukan pembangkang atau suara alternatif agar
sesuatu keputusan itu dilaksanakan secara adil dan tepat. Kerajaan yang
menafikan suara pembangkang atau menjadikan pembangkang sebagai YB kelas kedua
atau mendiskriminasikan rakyat di kawasan pembangkang adalah tidakan anti
undang-undang manusia yang sihat. Politik perlu matang dan politik kita adalah
untuk menjamin keamanan dan kesentosaan negeri melalui pengagihan kekayaan yang
adil serta penumpuan kepelruan rakyat melebihi aspek picisan yang membazir”,
jelas beliau semasa temubual berkaitan misi dan visi beliau kali ini.
Beliau juga memandang serius
hal persidangan DUN yang hanya dijadikan medium stamping order
(pengesahan arahan) semata-mata tanpa perbahasan yang sihat. Sidang yang
terlalu pendek kadangkala sehingga hanya separuh hari cukup tidak logik dan
hanya sesuai untuk negeri kecil seperti Perlis misalannya.
Ruang selama 3 hingga 7 hari
adalah optimum untuk perbahasan adil semua ADUN Perak seramai 59 itu berucap
bagi mewakili rakyat masing-masing.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sungai
Rapat
Rabu, 19 Jun 2013
Bersama Mazlan Aliman!
Ceramah motivasi bersama AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman pada 21 Jun 2013
(esok) di Pejabat PAS Batu Gajah, selepas solat Maghrib. Semua dijemput
hadir! Hebahkan!
Khamis, 13 Jun 2013
Bersama Bekas tahan ISA di Batu Gajah esok!
Liqa Fikri bersama Naib Ketua Dewan Ulamak PAS Perak, Ustaz Ibrahim Zakaria yang pernah ditahan ISA!
Isnin, 10 Jun 2013
Radzi Zainon 'giant killer' ghuyubkan Kak Midah!
(Radzi [kiri sekali] sangat disenangi masyarakat Tionghua)
IPOH: Biarpun sebelum ini tidak pernah dikenali, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Sungai Rapat, Radzi Zainon tiba-tiba menjadi buah mulut masyarakat di Perak.
Kejayaan beliau menumpaskan calon ‘kontroversi’ BN iaitu Datuk Hamidah Osman di Dun Sungai Rapat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang lalu menjadi puncanya.
Kejayaan menumbangkan Hamidah yang juga ‘wanita besi’ bagi BN di Perak memberi kekuatan kepada Radzi yang kini dianggap sebagai ‘giant killer’ di sana.
Malah, Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak, Datuk Seri Nizar Jamaluddin beranggapan, kekalahan Hamidah di Dun Sungai Rapat memberi sedikit sinar kegembiraan tatkala Pakatan Rakyat gagal mengembalikan kemenangan di Perak.
Ikuti laporan penuh mengenai beliau dalam Harakah Jumaat ini)
Warisan Kak Midah kepada YB Radzi Zainon!
Kesan ini bukan sekadar kesan jangka pendek yang mampu diselesaikan
melalui tawaran kepada peniaga kecil membuka kiosk atau menumpang di
sekitar Hypermarket yang ada, ia juga memberi kesan jangka panjang yang
bakal menghambat terus kaum melayu yang bergelar peniaga sederhana dan
kecil keluar daripada kawasan bisnes PengkalanPegoh.
Selain hypermarket, pusat hiburan yang dibuka berleluasan di sini juga merosakkan sosial masyarakat khususnya umat Islam.
" Kesan hypermarket dan kesan perniagaan monopoli cukup kuat dan ia
telah terbukti membenamkan ribuan peniaga bumiputera seluruh negara.
Malah isu ini bukan isu baru malah ia hangat diperkata oleh gerakan
kepenggunaan dan hakpeniaga kecil seluruh dunia", jelas Radzi berkenaan
isu ini.
Kini YB Radzi yang berjaya menyingkirkan penyandang ADUN Sungai Rapat
UMNO masih belum berjaya mengubah landskap bisnes yang telah direstui
oleh kerajaan BN sebelum ini kerana dua faktor, pertama ia telah berlaku
dan kedua PAS ditakdirkan masih menjadipembangkang di negeri Perak.
Dengan hanya memiliki kerusi DUN tanpa kuada Exco dan sebagainya adalah
sukar untuk YB Radzi memulihkan kerosakan yang ada.
Apa yang mampu dilakukan oleh ADUN baru ini adalah mendidik masyarakat
terutama peniaga melayu dan bumiputera Islam, betapa ancaman ekonomi
tidak mapan sebegini, ancaman globalisasi dan campurtangan Amerika dalam
penentuan corak atur perniagaan di negara ini adalah petaka besar yang
bakal menghakis sisa 'hak' peribumi yang sebenarnya dibiarkan 'karat'
oleh pemerintah BN saban tahun.
Muhammad Nuruddin Bashah
Unit Penerangan MTD Sg Rapat