Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 31 Mei 2012

Ceramah AC Mizal mendapat sambutan HANGIT !!


Adik Kak Midah kelihatan sedih kerana terlalu ramai yang hadir.. hehehe



Ceramah Umno yang dihadiri oleh penyanyi terkenal dan penjual gelang berjaya, Dato' AC Mizal mendapat sambutan HANGIT!!!

Kira-kira 35 orang tidak termasuk bangku telah memeriahkan program tersebut. Sebelum itu makcik2 yang diangkut menaiki bas dari ceruk mana entah dihidangkan dengan kueytiaw goreng panas!..

Program itu dibuat secara last minit utk ganggu ceramah PAS yang dihadiri oleh penyanyi Dayang Ku Intan dan Bekas Pengarah Pelajaran Negeri Dato' Adnan Ibrahim di Ara Payong semalam.

Alangkah hebatnya program ini.. Sudah semetinya AC Mizal gembira melihat kehadiran di luar jangkaannya.. huhuhu



Berbanding dengan ceramah PAS yang dihadiri hanya beberapa orang.. sangat sedih.. hehehe



Orang ramai begitu terhibur dan bersemangat sekali dengan penampilan Datuk Nan dan juga Dayang Ku Intan.Lihatlah reaksi mereka melalui paparan berikut.

Selasa, 29 Mei 2012

Pendedahan Skandal Artis Malam ini!

Nantikan pendedahan skandal menteri dengan artis seksi oleh Dayang Ku Intan di Batu Gajah Malam ni!

Berapa kali Jamal Abdillah nak masuk Umno? HAHAHA

Hahaha... Ni la artis yang akan menggambarkan wajah sebenar Umno.. Sume artis yang tengah syok melalaikan Umat Islam.. Rambut karat ada.. Bekas penagih ada.. mcm...

Jom kita dengar ceramah artis yang udah berubah dan menyokong Pakatan Rakyat.. jangan ikut perangai artis yang nyokong umno.. ikiki

Isnin, 28 Mei 2012

Pendedahan Skandal Menteri dengan Artis!

Nantikan pendedahan skandal menteri dengan artis yang akan dibongkarkan oleh Penyanyi, Dayang Ku Intan.. jom beramai-ramai.
Kak Midah mesti kaco! Banner udah banyak ilang!

Sabtu, 26 Mei 2012

PANAS!! Tragedi Maut di Himpunan Sejuta Belia Semalam


Mendapat berita daripada anak Perak di perantauan

Kemalangan telah berlaku di drag race Himpunan Sejuta Belia di putrajaya semalam. Katanya. setakat ini 4 kritikal dan yang lain cedera.

Menurutnya, drag race yang dijadualkan akan berlangsung hari ini terpaksa dibatalkan.

Berita ini tiada keluar dimana-mana media arus perdana.

Jumaat, 25 Mei 2012

Umno makin hari makin sial !!!

Umno makin hari makin sial.. biadap! kurang ajo! apa ni! terdesak sangat ke? sapa sebenarnya tidak bertamadun? Bersih atau Umno? Umno memang sialan!!!






Insiden Lembah Pantai: Umno tak pasti salah siapa

Umno Lembah Pantai hari ini berkata pihaknya tidak pasti siapa harus bertanggungjawab dalam insiden kekasaran yang berlaku sewaktu ceramah berkembar PKR dan Umno di kawasan Parlimen itu malam tadi.

Bagaimanapun, naib ketua Umno bahagian itu, Mohd Azuz Abdul Razak berkata, beliau berharap perkara itu tidak berlaku lagi di masa depan.

"Saya tak pasti (apa berlaku). Saya meninggalkan tapak ceramah awal sedikit sewaktu Ahli Parlimen Shah Alam sampai," katanya.

Wakil rakyat itu Khalid Samad sampai kira-kira jam 11 ketika Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim mula berucap.

Semalam, seorang warga emas penyokong PKR dilaporkan luka di kepala terkena balingan batu dari arah ceramah Umno yang hanya berjarak beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.

Dalam ceramah di Pantai Dalam malam tadi, seorang warga emas dan kanak-kanak 12 tahun cedera terkena balingan batu daripada kawasan ceramah Umno yang hanya beberapa meter sahaja dari ceramah PKR.

Mengulas kemungkinan berlaku kecederaan di pihak penyokong Umno, Aziz berkata belum menerima laporan berhubung perkara itu.

Bagaimanapun penceramah majlis Umno malam tadi Umi Hafida Ali - adik timbalan presiden PKR Azmin - mendakwa ada penyokong Umno turut menjadi mangsa balingan batu. -mk

Selasa, 22 Mei 2012

TERKINI! VIDEO Samhuri Kantoi Menipu!!

Krew Perakite Daily ada di tempat kejadian dan merakam semua percakapannya. Samhuri nafi ada berhubung dengan Dato' Seri Ir Nizar Jamaluddin dan mengatakan dia tidak ada mengajak Mantan Menteri Besar itu ke tempat kejadian.

Beliau juga menuduh Nizar pembohong!

Ini ialah bukti siapa sebenarnya berbohong. sebarkan!

Jumaat, 18 Mei 2012

PANAS!! Bagi Amoi siam baru nak lulus projek Pasir!

dipetik dari Perakite Daily

BATU GAJAH: Naib Ketua Pemuda Umno Kampar, Zamhuri Md Zin hari ini mengisytiharkan dirinya keluar parti dan tidak mahu lagi dikaitkan lagi dengan parti itu.

Tindakan tersebut adalah disebabkan parti yang telah memerintah lebih 50 tahun itu gagal menjaga orang melayu dan tidak lagi releven.

“Saya hari ini mengisytiharkan keluar Umno setelah lebih 27 tahun bersama parti itu,” katanya kepada Harakahdaily.

Menurutnya, rasuah di dalam pertadbiran Barisan Nasional amat berleluasa dan ditahap yang membimbangkan.

Beliau yang juga seorang pengusaha pasir telah ditipu dan dinafikan haknya setelah membayar cukai dan premium kepada kerajaan.

“Saya bayar cukai RM20,125 seperti prosedur yang ditetapkan oleh kerajaan tetapi apa yang saya dapat hanya tanah liat, bukannya pasir,” ujarnya.

Ahli Majlis Daerah Kampar itu sangat kesal dengan tindakan kerajaan yang menganiaya serta menindasnya sedangkan beliau adalah ‘orang kuat’ menyokong kerajaan.

“Nak bagi rasuah, ajak makan, pergi karaoke, bagi amoi dari Siam barulah nak bagi luluskan pasir, dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Radhi Manan sebentar tadi menelefon dan mengatakan pasir yang dipohon sudah diluluskan.

“Sudah terlambat, saya tetap dengan pendirian saya akan keluar umno dan saya tidak akan toleh ke belakang.

“Dah lama saya bersabar dan hari ini saya tekad keluar Umno dan bersama-sama Pakatan Rakyat,” ujarnya.

Zamhuri yang juga Ketua Cawangan Umno Changkat Tin menyatakan bahawa lebih 100 ahli di cawangannya akan mengikut jejak langkah beliau.

Sementara itu, mantan Menteri Besar, Datuk Seri Nizar Jamaluddin ketika bersama-sama dalam pengisytiharan itu mengalu-alukan hasrat beliau.

Mohammad Nizar menjelaskan, di zaman pemerintahan Pakatan Rakyat selama 11 bulan, Zamhuri pernah memohon pasir dan diluluskan.

“Walaupun dia Umno tetapi Pakatan Rakyat luluskannya kerana itu hak dia sebagai penjual pasir.

“Kalaulah orang kuat Umno pun mereka tidak boleh tolong, inikan lagi orang Pakatan Rakyat.

Justeru, beliau menyeru ahli Umno yang lain turut bersama-sama mengikut jejak langkah Zamhuri dan menyertai perjuangan Pakatan Rakyat.

Hadir sama dalam pengisytiharan tersebut ialah Adun Tronoh, V Sivakumar serta penyokong Pakatan Rakyat.

Rabu, 16 Mei 2012

Weh Kak Midah! Tak tau ke itu HARAM??



Oit.. Tak tau ke orang perempuan salam dengan lelaki bukan mahram itu haram? aish.. dosa yong.. nanti orang yang ngundi kamu pon tanggung dosa sebab pemimpin yang dipilih buat perkara yang Allah larang.. huhu.. malas ajo la.. die pon dah tau..Umno pon bukan tau halal haram.. hehe

Sebenornya bukan nak cerita pasai tu sgt, nak cite pasai ceramah esok (17 mac).. Semua orang tau, Midah akan buat ceramah kt sebelah ceramah PAS esok. (tengok bawah)



Rumput pon dah mesin, khemah pon dah sampai.. Menurut tuan rumah tapak ceramah PAS itu, Orang-orang dekat ceramah PAS tu pon dah diberi warning suruh hadang jalan dengan kereta la.. katanya ada nak tarik bantuan la.. ape la.. macam-macam.. aku pon tak paham..

Kalau nak sangat berceramah, jom la duduk satu pentas. Berdebat.. Ada berani ke????

Dulu Midah ada ngajak debat, pastu Ustaz Radzi sebagai calon PAS Dun Sungai Rapat beri respon sahut cabaran awal Hamidah dan tersiar Sinar Harian bertarikh 11 Ogos 2010 yang berbunyi

“ Saya cabar beliau untuk bersemuka dengan saya di atas pentas dan kita panggil penyokong kedua-dua parti akan menilai sendiri malah saya akan jawab segala tuduhan yang dilemparkan kepada saya”.

Pihak PAS dah menjawab serta menyahut seruan cabaran pihak Kak Midah melalui kenyataan Sinar Harian bertarikh 14 Ogos 2010 (lihat gambar bawah).




Sebagai jawapan pihak Kak Midah beri respon dan telah memilih untuk berdebat di masjid sepertimana disiarkan kenyataannya dalam Sinar Harian bertarikh 17 Ogos 2010 (lihat dibawah).


Ustaz Radzi udah jawab cadangan tu dan katanya PAS memang udah bersedia untuk debat dimana-mana masjid sepertimana kenyataan pihaknya dalam Sinar Harian bertarikh 21 Ogos 2010(lihat dibawah).


PAS juga mengesorkan diadakan di tempat terbuka untuk memberi ruang yang selesa kepada kaum bukan melayu untuk turut serta.

Tapi selepas tarikh 21 Ogos 2010, Kak Midah membisu.. diam terus... 2 minggu lepas Ustaz Radzi cabar lagi sekali.. ternyata kak midah tak berani.. penakot.. langsung tak respon!

Sah HAMIDAH penakot!!!

Ape pon.. semoga berjaya esok.. kerja terkutuk itu menggambarkan kamu x yakin akan dapat pertahankan kemenangan.. kamu pon bukan confirm bertanding pon.. hehe..

Kerja burukmu itu juga memberi impak positif kepada PAS sebenarnya.. rakyat lagi menyampah.. orang Umno pon meluat..

Wallahualam..

Selasa, 15 Mei 2012

PANAS! Insiden di Tualang Sekah akan berulang di Batu Gajah!


Macam biasa, perangai busuk Umno.. deme akan kacau ceramah PAS.. udah belambak banner deme gantung kat Batu Gajah dan Gopeng...

Rumput udah siap mesin, khemah udah nak pasang... dekat dengan ceramah PAS pulak tu!

Dengar cerita lebih 200 mat motor akan kacau esok.. silakan!

Tunggu la hari nanti, bio Nizar terjah lagi! Bio midah Ulor terkencing!!!

Moh Ramai2!!!!

Isnin, 14 Mei 2012

Aziz Bari dan Nizar akan gegarkan Hamidah!!!

Agak2 sapa pulak akan kacau ceramah ini?
Boleh Nizar join skali, bio terkencing midah. macam apa yang Radzi Manan kene semalam.. ekeke

+++++++++++++++++++++++++++++++++++++++

Melalui laman twitternya, Dato Seri Nizar Jamaluddin mendedahkan bagaimana beliau duduk dimeja utama ceramah anjuran Umno yang bertajuk 'Nizar pembohong bersiri'.

Ceramah tersebut yang diadakan berhampiran dengan ceramah Pakatan Rakyat di Tualang Sekah, Kampar.

Sebelum tiba gilirannya untuk berceramah, DS Nizar telah berkunjung ke tempat ceramah Umno, lalu duduk dimeja utama penceramah. Turut berada dimeja utama tersebut adalah Dato Radzi Manan, Dato Shaarani dan Hanafiah Man.

Melihatkan kelibat DS Nizar yang duduk dimeja utama, mereka begitu terkejut, panik dan pucat, terketar-ketar menuturkan kata. Hanafiah Man yang sedang asyik menghentam DS Nizar terus menukar topiknya kepada Ambiga dan DS Anwar Ibrahim.

Kebanyakan yang hadir diceramah tersebut adalah orang-orang Kampar yang begitu mengenali DS Nizar serta keluarganya. Manakala yang datang berceramah menghentam beliau adalah orang luar.

Dengan kehadiran DS Nizar disitu, terserlahlah siapa pembohong bersiri yang sebenar-benarnya.

Tahniah buat DS Nizar yang berani datang secara berdepan, bukan seperti penceramah Umno yang hanya berani melalak dari jauh menggunakan kekuatan speaker semata.

Rabu, 9 Mei 2012

Woi! Apa Salah Kami!!


Jom tengok video ni.. nilai sendiri betapa zalimnya pemerintah! Bagi Midah tengok pon boleh keluo ayo mata.. hehe..

Selasa, 8 Mei 2012

TERBARU! Peserta BERSIH dari Perak ditahan!


Sumber daripada Perakite Daily.. blog yang sedang meningkat naik

IPOH: Seorang lagi dipercayai ada kaitan dengan penglibatannya dalam himpunan Bersih 3.0 telah ditahan hari ini.

Amirullah Sidik, 43, telah ditahan di Pejabat PAS Perak dan dibawa ke IPD Ipoh kira-kira 2.05 petang tadi.

Pengarah Jabatan Undang-Undang dan Hak Asasi Manusia Dewan Pemuda PAS Perak (Juham), Zambri Rahim berkata, Amirullah ditahan atas seksyen 440 kanun keseksaan iaitu menyebabkan kerosakan harta benda awam.

“Tahanan ini dibawa ke IPD Dang Wangi untuk disoal siasat dan kemungkinan akan ditahan reman jika siasatan tidak selesai pada hari ini,” katanya.

Menurut seorang saksi, bekas pegawai tentera itu sudah diekori pihak Polis sehingga di kediamannya di Taman Perpaduan, Ulu Kinta sejak sabtu lalu.

Ini adalah kes tahanan ketiga tentang penglibatan dalam himpunan Bersih 3.0 selepas selepas dua orang ditahan masing-masing di Melaka dan Negeri Sembilan malam tadi.

Isnin, 7 Mei 2012

Wahai Peneroka! Baca ni!!


IPOH: PAS Perak hari ini menyeru kepada semua peneroka Felda khususnya di negeri ini agar meneliti kesan daripada menandatangani surat tawaran perjanjian daripada bank untuk membeli saham Felda Global Ventures Holdings (FGVH).

Pengerusi Lajnah PembangunanTanah dan Wilayah Negeri, Hj Razman Zakaria berkata, peneroka hendaklah mengetahui tentang kesan langsung yang akan diterima peneroka jika sekiranya berlaku penurunan harga dipasaran saham.

“Diantara kesan yang akan diterima peneroka ialah boleh mengakibatkan tanah dan harta mereka dilelong oleh pihak bank,” katanya ketika dihubungi.

Menurutnya, Pendaftar Mahkamah tinggi Seremban setelah mengambil kira pandangan Hakim Dato’ Rosnani Ibrahim hari ini mencadangkan permohonan injunsi 125 orang peneroka Felda dipindahkan ke Mahkamah Tinggi Kuantan.

Katanya, permohonan daripada peneroka Felda Gugusan Bera dan Serting itu dibuat untuk menahan bank daripada memproses pinjaman kepada peneroka untuk membeli saham terbitan awal (IPO) Felda Global Venture Holdings (FGVH) yang akan disenaraikan di Bursa Malaysia.

Katanya, jumlah pinjaman yang tidak dinyatakan ini menimbulkan kekeliruan kerana borang tersebut tidak dapat disemak dan dinasihatkan tentang pinjaman tersebut.

Beliau juga mempersoalkan daripada mana duit ‘durian runtuh’ yang akan diumumkan oleh Perdana Menteri, Datuk Sri Najib Tun Razak di Jengka, Pahang esok.

“Dikhuatiri durian runtuh tersebut adalah sebahagian daripada pinjaman yang dibuat oleh peneroka tanpa disedari mereka,” ujar Timbalan Pesuruhjaya PAS Perak itu.

Jumaat, 4 Mei 2012

Pergh!! aku respect la kat hang Nizar!

Kekentalan semangat keluarga Nizar disanjungi


Nizar tidak melepaskan peluang bersama-sama rakyat menuntut pilihanraya bersih dan adil di Ibu kota baru baru ini.

Paling mencuri tumpuan, beliau hadir bersama-sama ibunda tercinta.. walaupun dalam keadaan bertongkat, itu tidak langsung menjadi alasan untuk turun dalam himpunan kali ini.

Semangat kental ibunya amat aku sanjungi.. inilah keluarga pejuang.

Turut bersama ialah anak-anak dan isterinya tercinta serta kakaknya.

kakanda dan ibunda tercinta

nizar bersama anak bongsu serta isterinya di lautan manusia

Khamis, 3 Mei 2012

Bahana la hang najib!

Oleh: MSK

Mana-mana pengurus yang mahu membaikpulih sesuatu syarikat yang bermasalah tahu bahawa kalau nak menyelesaikan masalah, seseorang itu perlu menyelesaikan tiga masalah utama. Tiga masalah utama menyumbang 80-90% daripada keseluruhan masalah. Kalau tiga masalah utama ini dapat diselesaikan, yang lainya jadi remeh dan tak susah untuk diselesaikan.

Apakah tiga masalah utama yang menghantui Barisan Nasional? Ianya boleh berubah mengikut masa. Walaubagaimanapun, sekiranya Najib mahu mengadakan PRU 13 hari ini, dia perlu menyelesaikan tiga masalah utama iaitu Bersih, Lynas dan NFC. kalau Najib dapat menyelesaikan masalah ini, dia boleh membubarkan Parlimen bulan ini dan PRU 13 boleh diadakan dalam masa 30 hari.

Sebenarnya, Lynas lebih serius dari yang diketahui ramai. Ini bukan tentang ekologi ataupun kemungkinan masalah kesihatan tapi masalah politik yang akan menimpa Umno dan Barisan Nasional. Projek Lynas terletak di Pahang, negeri asal Najib. Pahang, sama macam Johor, merupakan kubu Umno. Tapi disebabkan oleh Lynas, Pahang mungkin tidak lagi menjadi kubu Umno. Dan ini merisaukan Najib.

Sebenarnya, Najib boleh menyelesaikan masalah ini dengan menghentikan Lynas. Tapi itu secara teori saja la. Hentikan Lynas..dan selesai masalah! Tapi Najib tak boleh buat macam tu sebab…ada banyak sebabnya. Jadi, Najib tersepit dan dia tahu Lynas akan memberikan kesan negatif kepadanya tapi Najib tak boleh buat apa-apa.

Sebenarnya, Lynas bukanlah projek Najib. Ia adalah projek Abdulah Badawi. Dan apa yang tidak dapat difahami oleh Najib ialah mengapa Lynas dibenarkan? Dan kalau Najib mahu menghentikan Lynas, dia akan membuka banyak pekung yang tersembunyi yang boleh membahayakan Umno dan Barisan Nasional.

Mengikut apa yang dikatakan oleh orang-orang Najib, Abdullah Badawi menerima “sumbangan”hampir RM500 juta untuk meluluskan projek ini, yang mana ditolak oleh kebanyakan negara termasuk China. Malah negara-negara Amerika Latin dan Afrika juga menolak tawaran Lynas. Tak ada sapa yang mahu, tapi Malaysia menerima kerana RM500 juta telah dibayar.

RM500 juta nampak macam jumlah yang banyak. Tapi RM500 juta sebenarnya sikit saja bagi syarikat macam Lynas yang dijangkan mendapat keuntungan RM1 billion setahun dan diberikan pelepasan cukai selama 12 tahun. Ini bermakna, Lynas akan mendapat keuntungan sebanyak RM12 billion . Oleh itu, berapa sangat kalau dibandingkan dengan RM500 juta yang dibayar kepada Pak Lah?

Kalau Najib mahu menghentikan projek ini, dia sudah tentu boleh membayar balik RM500 juta yang di”sumbangkan”.RM500 juta bagi Umno bukan besar sangat. Mungkin, Najib kena tambah lagi RM1.2 billion sebagai gantirugi kos yang telah dibelanjakan untuk membina kilang. Jumlahnya, RM1.7 billion yang perlu dibayar balik.

Ini pun bukan la besar sangat. Yang mana lebih penting? Memastikan Pahang tidak jatuh ketangan pembangkang..atau RM1.7 billion? Najib tentu tahu, kalau Pahang jatuh ketangan pembangkang, kedudukan dia sebagai Perdana Menteri juga akan hancur macam Pak Lah.

Tapi, masalahnya bukan setakat RM1.7 billion. Macam mana dengan kehilangan “potensi untung” sejumlah RM12 billion itu? Mampukah kerajaan membayar gantirugi berjumlah RM12 billion? Yang ini BN tak mampu.

Bukan itu saja, Keluarga diraja juga terlibat. Dan berapa jumlah gantirugi yang perlu dibayar sebagai gantirugi kepada keluarga diraja? Berapa billion?

Memang senang kalau Najib mahu menghentikan projek tersebut, tapi jumlah gantirugi yang perlu dibayar mungkin mencecah RM20-30 billion!

Macam mana kalau Pakatan Rakyat mengambil alih Putrajaya dan Anwar Ibrahim menjadi Perdana Menteri? Mampukan Anwar melakukan apa yang tidak boleh dilakukan oleh Najib? Bolehkah Anwar atau kerajaan Pakatan Rakyat menghentikan Lynas? Apakah Malaysia mampu membayar diantara RM20-30 billion sebagai gantirugi kepada Lynas?

Najib mewarisi projek Lynas dari Pak Lah. Dan ini akan diwarisi oleh Anwar sekiranya dia menjadi Perdana Menteri. Dan tangan Anwar akan diikat..sama macam Najib. Kos untuk membayar gantirugi terlalu tinggi bagi negara. Dan sama ada Najib kekal sebagai PM atau Anwar mengambil alih, masalahnya tetap sama.

Macam mana Malaysia boleh meluluskan projek yang ditolak olah kebanyakan negara lain? Dan mengapa Lynas diberikan pelepasan cukai selama 12 tahun walaupun mereka mampu mendapat keuntungan sebanyak RM12 billion? Sepatutnya Lynas mampu membayar cukai dan kerajaan Malaysia sepatutnya mengenakan cukai yang tinggi untuk kepentingan rakyat. Dan yang lebih penting..adakah RM500 juta yang di”sumbangkan” kepada Pak Lah masuk poket dia atau individu Umno tertentu?

Menurut orang-orang Najib, Umno tak terima duit tu. Duit itu masuk ke poket Pak Lah. Jadi, pasal apa Umno yang kena bayar balik sedangkan Umno bukan penerimanya?

Beranikah Pak Lah buat kerja ni? Ok la..mungkin sebab Pak Lah tahu dia akan ditolak dari PM dan sebab itu dia luluskan. Walaubagaimanapun, Lynas merupakan isu berprofil tinggi dan sudah pasti isu ini tak boleh ditutup begitu saja.

Nampaknya, Lynas bukanlah satu-satunya bahana yang diwarisi oleh Najib dari Pak Lah. Projek NFC merupakan satu lagi kes yang ditinggalkan oleh Pak Lah. Malah, Mahathir pun marah dengan kes ini.

Bila NFC mula-mula dicadangkan, Muhyidin Yasin menolaknya. Khairy Jamaludin kemudian mengusulkan kepada Menteri Kewangan dan dapat meyakinkan bapa mertuanya untuk diluluskan. Selepas projek itu diluluskan oleh Menteri Kewangan/Perdana Menteri yang juga bapa mertuanya, projek tersebut dihantar balik ke Menteri Pertanian. Dan sekarang, Najib menerima bahana dari masalah yang diwarisi dari Pak Lah.

Jadi..macam mana Najib mahu menyelesaikan masalah Lynas dan NFC? Tak boleh. Dan pengundi tak peduli sama ada skandal ini dilakukan oleh Pak Lah dan diwarisi oleh Najib. Apa yang penting bagi pengundi ialah, Lynas dan NFC merupakan projek Umno dan Barisan Nasional. Dan pengundi akan mengajar parti pemerintah dalam pilihanraya yang akan datang, tak kira Perdana Menteri mana yang melakukan kesalahan.

Cukup dulu. Nanti sambung kemudian tentang isu-isu lain yang menghalang Najib dari mengadakan pilihanraya umum seperti yang dirancangkan bulan Jun ini.

Sumber: Malaysia Today.