Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 7 November 2011

Permit sembelih Korban meningkat 150% !!!

oleh: ajijoi

Ramai yang beratur di Pejabat Haiwan Ipoh semalam terkejut besar apabila harga untuk mendapatkan permit bagi menyembelih korban tahun ini meningkat dengan mendadak sehinggakan melebihi 150%.

Harga yang biasa dibayar bagi permit menyembelih seekor lembu adalah RM15.00 tetapi tahun ini ianya meningkat sehingga RM38, hingga 150% lebih mahal.

Ramai yang terdiri daripada wakil-wakil masjid dan surau berasa terkilan kerana peningkatan yang terlalu banyak ini serta tiada pengumuman mengenainya terlebih dahulu. Mereka yang membawa jumlah wang yang hanya cukup-cukup dengan harga lama terpaksa mengeluarkan wang lebih bagi menampung keperluan ibadah qurban ditempat mereka.

Pihak berkuasa dilihat cuba mengambil kesempatan diatas ibadah qurban yang akan dilakukan pada hari raya Aidil Adha tahun ini. Yang menjadi mangsanya adalah pihak pengurusan ibadah tersebut iaitu masjid-masjid dan surau-surau serta umat Islam seluruhnya dinegeri ini yang mengambil bahagian di dalam ibadah qurban. Jika dilakukan penyembelihan tanpa mendapatkan permit, pasti pihak pengurusan akan didakwa.

Beginikah caranya melayani orang-orang Melayu Islam untuk melakukan ibadah yang dituntut? Bukankah sepatutnya sesuatu ibadah yang hendak dilakukan itu dipermudahkan urusannya, bukan menyusahkan lagi.

1 ulasan:

Zaini Tpg berkata...

JPV dalam menetapkan kadar harga permit atau apa-apa bayaran haruslah mendapat kebenaran dari Pegawai Kewangan Negeri, adakah ini dipatuhi, itu perkara pertama, kedua, apakah khidmat yang diberi kepada konsumer (orang yang berkorban), dengan mengeluarkan satu/dua keping kertas adakah patut dikenakan bayaran tersebut?.Pegawai JPV tak pernah turun padang untuk melihat atau memantau sembelihan. Minta Dato Seri bangkitkan dalam mesyuarat DUN Perak.