Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Khamis, 30 September 2010

Pulangkan gaji anda !!!

SEBAHAGIAN  daripada 40 penerima bantuan kerajaan Pulau Pinang  memulangkan RM100 yang diberikan   kerana kesal dana sumbangan itu  dikatakan diperoleh daripada sumber judi pada  satu majlis khas di Pusat  Khidmat ADUN  Penaga,  Kepala Batas,  semalam.


PULAU PINANG : "Kalau Umno cakap semua wang termasuk RM100 haram, maka, gaji yang diterima Adun Umno juga haram. Jadi, pulangkan duit gaji, jangan ambil,” kata Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Komtar, Ng Wei Aik, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas tindakan lebih 40 warga emas memulangkan sumbangan kerajaan negeri berjumlah RM100 berikutan propaganda media arus perdana, kononnya dana itu bersumberkan hasil judi.

Bercakap kepada TV Selangor, Wei Aik menganggap Umno merampas hak warga emas beragama Islam apabila mendalangi usaha dengan ‘memperbodohkan’ mereka dengan menyebarkan propaganda tidak bersandar fakta.

“Kesian mereka. Mereka tidak tahu apa yang sebenarnya berlaku. Tapi jelas, Umno cuba merampas apa yang sepatutnya mereka dapat," kata ketika dihubungi dari Shah Alam, hari ini.

Kenyataan beliau senada Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Pulau Pinang, Abdul Malik Abul Kassim yang mengecam tindakan Umno menakut-nakutkan warga emas.
.
Wei Aik berkata kerajaan negeri tidak pernah memaksa mana-mana syarikat menghulur sumbangan baik badan korporat mahupun kelab lumba kuda tetapi dana itu diasing mengikut kategori.
.
"Bantuan ini terletak di bawah pegawai kewangan negeri. Mereka boleh mengasingkan sumbangan tanpa ada masalah", katanya yang kesal kerana warga emas disogok maklumat tidak tepat dan percaya ia didalangi pimpinan Umno.

"Itu majlis yang diaturkan Umno. Tak adalah, mana boleh warga emas yang minta majlis macam itu. Ini memang didalangi mereka. Siapa yang membangkitkan isu ini terlebih dahulu? Umnolah,” katanya lagi

Menanti Ku Li Sertai PAS/PR?

Sofi Wahab

Sejak akhir-akhir ini Ku Li kelihatan senada dengan PAS dan PR khasnya dalam isu royalti minyak Kelantan. Beliau seringkali tidak menghampakan rakyat Kelantan bila diundang memberikan ceramah tentang isu royalti minyak walaupun penganjur kerajaan negeri Kelantan atau PAS sendiri.

Tindakan beliau itu mengundang rasa tidak senang di kalangan pemimpin Umno khasnya Umno Kelantan yang melihat Ku Li seolah-olah cenderung dan menyokong PAS/PR.

Namun penantian rakyat untuk melihat Ku Li bersama PAS/PR dalam wadah politik yang sama tidak kesampaian juga. Ku Li tetap mahu bersama Umno walaupun beliau dipermainkan oleh Umno beberapa kali sejak zaman Dr Mahathir lagi. Sudah banyak kali beliau cuba menentang Presiden Umno pada pemilihan parti itu tetapi beliau seringkali tewas angkara tidak adanya demokrasi dalam Umno lantaran kegagalan beliau memperolehi 2 pencalonan minima dari Bahagian. Beliau hanya berupaya mendapat satu pencalonan sahaja itupun dari bahagian beliau sendiri iaitu Gua Musang.

Namun hari ini media melaporkan bahawa Ku Li akan tetap bekerja kuat membantu Umno pada PRK Galas nanti.

Laporan itu menyebut bahawa Ketua Umno bahagian Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah akan membantu BN merampas semula DUN Galas, manakala PAS pula berharap pemimin veteran Umno itu akan mengambil sikap 'low profail' dalam pilihan raya kecil Galas nanti.

Tengku Razaleigh yang dihubungi Berita Harian di London, dilaporkan berkata ia boleh dilakukan dengan lebih berkesan jika beliau diberi peranan untuk menggerakkan dan mengatur pelbagai persiapan seperti tanggungjawab sebagai pemimpin tertinggi di bahagian itu.

“Saya akan bekerja keras bersama pemimpin lain dalam bahagian bagi menentu kerusi DUN Galas yang sebelum ini dimenangi PAS kembali ke tangan BN,” katanya.

Tengku Razaleigh berkata, Umno bahagian itu tidak mempunyai sebarang masalah dan bersedia mengatur persiapan menghadapi pilihan raya kecil di kerusi yang pernah menjadi kubu BN.

Katanya, buat masa ini beliau masih sibuk dengan tugas penting yang perlu diselesaikan dulu di luar negara dan menyerahkan kepada tiga kepimpinan bahagian itu untuk mengatur persiapan awalnya.

Beliau percaya timbalan ketua Umno bahagian Mat Yusoff Ab Ghani, naib ketua Datuk Nozula Mat Diah dan setiausahanya Ab Aziz Yusoff mampu berbuat demikian.

Ternyata Ku Li masih tidak mahu meninggal parti yang beliau sendiri cemuh dan kritik. Apa yang menyebabkan beliau masih sayang kepada Umno tidak pula kita ketahui. Namun begitu ahli PAS tetap menanti bila agaknya Ku Li akan menyertai PAS atau parti-parti PR yang lain????

Warga emas pulang wang 'haram' hanya sandiwara

Tindakan sekumpulan warga emas yang memulangkan semula wang bantuan RM100 setiap seorang kepada kerajaan Pulau Pinang hanyalah satu sandiwara, kata Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama, Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna Negeri, Abdul Malik Abul Kassim.

Beliau berkata, ada kemungkinan warga emas yang memulangkan wang ehsan itu tidak mendaftar lagi dalam sistem yang disediakan oleh kerajaan negeri dan mereka mungkin dipengaruhi oleh sesetengah pihak.

"Mungkin ada pihak yang telah mendesak mereka," katanya bagi mengulas tindakan 40 warga emas memulangkan semula wang bantuan daripada kerajaan negeri itu kerana wang itu dikatakan daripada sumber judi lumba kuda.

Isu status wang itu didedahkan oleh sebuah blog yang mendakwa ia dari sumber judi, dan ini menimbulkan keresahan dalam kalangan penerima beragama Islam.

Isu hangat

Abdul Malik berkata, wang itu bukan daripada hasil judi sebaliknya hasil yang diperoleh kerajaan negeri daripada amalan perbelanjaan berhemah sejak Pakatan Rakyat mengambil alih pentadbiran negeri.

Pemberian wang ehsan kepada warga emas itu menjadi hangat apabila akhbar arus perdana yang mendakwa kerajaan Pulau Pinang menggunakan wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda negeri itu untuk disalurkan ke program membasmi kemiskinannya.

Ketua Menterinya, Lim Guan Eng bagaimanapun menafikan laporan berkenaan dan berkata wang sumbangan daripada Kelab Lumba Kuda itu diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Lim berkata Umno cuba meneruskan fitnah dan tohmahan terhadap kerajaan negeri pimpinannya.

“Selepas gagal membuktikan program penghargaan warga emas terbabit dengan hasil judi haram, Umno pula cuba mengalihkan perhatian daripada fitnah mereka dengan menyatakan program rakan anti-kemiskinan (RAK) membasmi miskin tegar datangnya dari sumber judi haram. Bukti Umno adalah derma RM2 juta daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang,” kata Lim.

Menurut beliau, wang derma RM2 juta itu telah disahkan oleh pegawai kewangan negeri, Datuk Farizan Darus bahawa ia telah diasingkan dan dikhususkan kepada orang bukan Islam dan tidaknya kepada orang Islam.

Tidak haram

Mengulas perkara yang sama, bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin pula dua hari lalu berkata wang yang diterima daripada bantuan kewangan kerajaan yang hasilnya diperolehi dari sumber perjudian adalah tidak haram.

“Rakyat yang mendapat bantuan kerajaan tersebut tidak haram. Sebabnya mereka bukan berjudi, mereka mendapat bantuan atas kemiskinan mereka.Transaksi itu atas bantuan, bukan atas judi,” katanya.

Menurut Dr Asri, kesalahan ditanggung oleh kerajaan dan syarikat judi.

“Sama dengan mereka yang mendapat gaji dari kerajaan atau penjual yang menjual makanan lalu dibayar dengan wang judi. Wang itu halal kerana dia tidak berjudi tetapi berniaga makanan.”- mkini

Rabu, 29 September 2010

Ceramah Mat Sabu dan DS Nizar di Pusing



kepada rakan blogger.. minta tolong letakkan di blog saudara..

UMNO dan JUDI dah macam kembar siam...


PAS merasa harian tindak tanduk pemimpin Umno yang menuduh Kerajaan Pakatan Rakyat di Pulau Pinang yang memberi RM100 wang ehsan kepada warga emas telah diambil daripada sumber judi.

Tuduhan itu dibuat oleh Ketua Penerangan Pemuda Umno, Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican yang mendedahkan kerajaan Pulau Pinang menerima sumbangan sebanyak RM500,000 daripada Kelab Lumba Kuda Pulau Pinang yang merupakan sebuah kelab yang mengendalikan pertaruhan lumba kuda di negeri itu.

Bagaimanapun, Lim Guan Eng berkali-kali menafikan dakwaan itu, dan Setiausaha Politiknya yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri Komtar, Ng Wei Aik membuat laporan ke atas penulis blog itu kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia.

Malahan Ketua Menteri Pulau Pinang menjelaskan wang ini ialah daripada lebihan perbelanjaan kerajaan Pulau Pinang hasil daripada jimat cermat sebanyak RM35.41 juta, daripada sinilah diambil RM20 juta untuk diagihkan kepada warga emas

PAS sebagai sebuah Parti Islam yang berdasarkan kepada Islam, tidak mengiktiraf judi sebagai sumber yang sah, malahan ketika PAS mula memerintah Kelantan 1990, Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat telah mengarahkan supaya jangan ada lagi premis di Kelantan dibenarkan menjalankan aktiviti judi.

Tindakan ini dibuat apabila Tuan Guru Nik Aziz diberitahu oleh semua tokoh agama Kristian, Hindu dan Bhuda, judi adalah haram di sisi agama mereka.

PAS berpandangan Umno dengan judi ini seperti kembar siam yang sukar dipisahkan. Malahan daripada awal lagi Umno sudah hidup dengan judi. Ini terbukti apabila kalangan ulamak di dalam Umno membantah loteri kebajikan adalah haram.

Pemimpin Umno tidak mempedulikan bantahan ulamak dalam Umno, berakhir dengan episod penubuhan PAS pada 24 November 1951. Sampai sekarang kita tidak dengar suara membantah secara agresif dalam Umno supaya judi dihapuskan, malahan baru sahaja kerajaan Umno BN meluluskan lesen judi bola 2010 sempena pertandingan Piala Dunia kepada syarikat Ascot Sport Tan Sri Vincent Tan, Berjaya Group pada 6 Mei 2010.

PAS mendesak Umno kena berusaha dahulu membersihkan diri daripada najis judi kerana membiarkan orang Melayu menjadi Lembaga Pengarah Resort Wold Bhd dan Genting Berhad.

Sepatutnya pemimpin Umno kena sedar bahawa “bapa judi” ialah kerajaan pusat di bawah pimpinan Umno BN. Perjuangan untuk menghapuskan judi perlu dimusnah di peringkat pusat. Bapa jangan marah kalau anak ketagih judi, kerana bapa adalah taik judi. Sepatutnya ini yang perlu diselesaikan dahulu oleh pemimpin Umno.

Jangan biarkan orang bukan Islam tertawa dengan Umno, kalau hendak bercakap bab judi biarlah kamu itu tinggal dulu menjadi pendokong kerajaan judi.

PAS berpandangan Umno yang memang mempolitikkan apa sahaja peluang untuk menaruh kebencian rakyat kepada kerajaan Pakatan Rakyat dan melaga-lagakan isu agama dan kaum supaya Pakatan Rakyat retak dan senang untuk BN meluluskan banyak lagi lesen judi.

Kebiasaannya, suatu hukum akan berubah apabila pemimpin Umno buat. Contohnya, judi halal kalau yang buat itu ialah kerajaan Umno BN, tetapi berubah menjadi haram kalau lain daripada kerajaan Umno BN.

Begitu juga hukum orang bukan Islam masuk masjid menjadi haram kerana berhadas besar kalau Cina DAP, tetapi suci lagi menyucikan jika yang masuk itu India MIC, Kamalanathan, ahli parlimen Hulu Selangor.

Selasa, 28 September 2010

UMNO takut bayangan sendiri

Pihak Dppk Batu Gajah merasa seperti ada yang tidak kena dalam perjalanan parti dan perjuangan UMNO kerana semenjak akhir-akhir dilihat gerak kerja mereka seperti tidak tersusun, seolah-olah mengalami masalah dalaman dan lebih menjurus kepada tunggu dan lihat apa pihak lain akan buat sebelum mereka bertindak. Sikap tidak proaktif UMNO khususnya bahagian Batu Gajah dan DUN Sg Rapat tidak menunjukkan kedewasaan parti UMNO didalam menyusun pelan dan rangka kerja didalam membela dan membantu masyarakat khususnya di kawasan Batu Gajah, Gopeng dan kawasan-kawasan dibawah selian DUN Sg Rapat secara keseluruhannya. Ini dapat dilihat disepanjang bulan puasa dan bulan-bulan sebelum ini yang mana pasukan Pakatan Rakyat dan Pas sendiri khususnya telah turun padang dan membuat kerja-kerja kebajikan sehingga UMNO ’terpaksa turun semula’ ditempat yang sama yang telah dilawati oleh pihak Pas kerana ’takut’ PAS akan mempengaruhi penduduk disekitar dan takut orang-orang kampung akan marah dan tidak menyokong UMNO dimasa hadapan.


Persoalannya, kenapa perlu takut dengan bayang-bayang sendiri sehingga merasa tertekan dan takut dengan lawatan dan program yang telah dijalankan oleh pihak Pas? Sesetengah penduduk dan masyarakat ketika ditemui semula oleh pihak Dppk Batu Gajah menunjukkan sikap serba salah untuk menerima apa-apa sumbangan dari pihak PAS kerana ’takut’ akan diboikot dan disisihkan didalam apa-apa jua program bantuan kerajaan oleh UMNO untuk penduduk kampung dimasa hadapan. Kenapa penduduk kampung menjadi mangsa dan perlu ’ditakutkan’ dengan isu sumbangan dan kerja kebajikan ini? Dalam hal ini biarlah penduduk kampung dan masyarakat setempat menilai dan mendapat manfaat dari sumbangan ini dan tidak mengheret mereka didalam kancah politik sekarang. Walaubagaimanapun masyarakat setempat telah mula sedar serta boleh melihat dengan sendiri perbezaan diantara sumbangan PAS dan Pakatan Rakyat berbanding pihak UMNO Barisan Nasional yang sememangnya bertanggungjawab untuk membantu penduduk dan masyarakat setempat. Pertanyaannya, siapa yang ikhlas dan siapa yang ’terpaksa’ berlaku ikhlas dalam membantu masyarakat?

Didalam aduan yang lain yang telah diterima oleh pihak Pas kawasan Batu Gajah, penduduk kampung turut meluahkan rasa kecewa dan terkilan kerana terdapat beberapa aduan yang dikemuka kepada Bilik Gerakan Adun Sg Rapat tetapi malangnya tidak dilayan secara profesional dan efisien dalam menangani permasalahan mereka sehingga terpaksa berulang kali datang semula ke bilik gerakan tersebut sehingga ada sesetengah penduduk merasa bosan dan putus asa dengan janji dan bantuan dari pihak terlibat. Banyak kes-kes yang dilapur terutama bagi masalah tidak menerima bantuan dari pihak-pihak tertentu terutama untuk golongan miskin, bantuan Baitul Mal, bantuan untuk orang kurang upaya dan warga emas ketika dibuat di bilik gerakan tersebut, lewat diambil tindakan dan seolah-olah adanya unsur ’double standard’ dan pilih kasih dan bukannya bertujuan membantu kepada yang memerlukan didalam menyelesaikan kes-kes mereka.


Menyingkap semula kes keluarga Puan Hawanin yang kecewa dengan janji YB Dato Hamidah Adun Sg Rapat yang dizahirkan kepada wartawan Sinar Harian pada tahun 2009 untuk membantu memberi peruntukan sebanyak RM5,000 bagi penambahbaikan rumahnya tetapi malangnya janji yang telah tertangguh selama 9 bulan terus membisu dan tiada tindakan apa-apa tindakan dari pejabat Adun Sungai Rapat.

Pihak Pas Kawasan Batu Gajah atas kesedaran dan tanggungjawab telah mengambil tindakan segera didalam membantu keluarga ini dan pada 2 September 2010, YB Dr Lim Bon Chye selaku Ahli Parlimen kawasan Gopeng telah melawat dan bersetuju untuk memberikan sumbangan zink baru berharga RM980 kepada keluarga terbabit dan 2 keluarga lain yang tinggal disekitar kampong Seri Jaya

Pihak Dppk Batu Gajah juga merasa hairan dan ingin bertanyakan cabaran debat terbuka yang dibuat oleh YB Hamidah kepada Ir Radzi Zainun sehingga kini tidak mendapat apa-apa jawapan persetujuan dari pihak YB Hamidah walaupun pihak PAS telah bersetuju dengan permintaan untuk mengadakan debat terbuka dimasjid walaupun pihak PAS percaya debat tersebut sebaiknya diadakan di Arena Square Batu Gajah. Matlamat debat ini adalah jelas pada pandangan PAS iaitu mencari kebenaran dan membuktikan kebenaran kepada masyarakat setempat. Cabaran oleh pihak UMNO telah disahut oleh pihak PAS tetapi mengapa ianya diam sehingga kini?

Judi oh Judi


Dr Asri: UMNO jangan takutkan orang kampung

http://freemalaysiatoday.com/bahasa/wp-content/uploads/2009/11/asri11.jpg Dr Mohd Asri Zainul Abidin

Bekas mufti Perlis Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyeru Umno supaya tidak menakut-nakutkan warga Pulau Pinang dengan dakwaan kerajaan negeri menipu berhubung sumber kewangannya bagi membiayai program membantu golongan miskin termasuk untuk masyarakat Islam.

"Sudahlah mereka miskin, kita persalahkan mereka. Saya nak sebut kepada rayat Pulau Pinang tak payah susah hati. (Umno) janganlah nak takutkan orang kampung, jangan kata doa tak makbul atau (fikiran) sudah benak sebab makan dari sumber haram.

"Sekiranya semua transaksi bantuan dipersoalkan sumbernya, tidak ada lagi wang yang bukan daripada sumber haram. Setiap duit yang kita terima itu tentulah pernah digunakan untuk kegiatan lain.

"Apa yang jadi pertikaian bukanlah duit contohnya RM50 daripada hasil judi itu, tapi nilainya. Apabila diterima, nilainya adalah sumbangan daripada hasil judi, tapi bila ia disalurkan kepada orang miskin, nilainya adalah bantuan," katanya.

Sebaliknya, Dr Mohd Asri berkata, perkara yang perlu dipertikaikan dalam isu pemberian bantuan orang miskin daripada hasil judi ialah promosi kepada syarikat judi yang menghulurkan sumbangan kepada kerajaan.

Katanya, keadaan itu boleh dilihat melalui liputan melalui media yang memperbesar-besarkan sumbangan yang diberikan oleh syarikat judi kepada kerajaan.

Cukai satu hukuman

"Kita tanggung dosa bila biarkan aktiviti judi atau lakukan tindakan seakan-akan memuliakan judi, sedangkan aktiviti seperti itu sepatutnya direndah-rendahkan.

"Promosi seperti itu juga seperti memberi galakan kepada perjudian. Saya pernah tengok (laporan) di majlis penyampaian sumbangan, ada ahli politik yang naik ke pentas terima cek besar daripada syarikat judi ini.

"Sepatutnya sumbangan ini diberikan senyap-senyap, tidak mengapa," katanya ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Tambahnya, cukai yang dikutip daripada syarikat judi sebagai hasil kerajaan juga tidak semestinya menerima nilai judi itu sendiri.

"Sedikit sebayak, cukai yang dikenakan ke atas syarikat itu juga adalah satu bentuk hukuman kepada mereka," katanya lagi.

Dr Mohd Asri juga berkata para ulama pula kini masih berbeza pandangan sama ada hasil daripada riba yang diperolehi kerajaan adalah halal atau haram.

"Setahu saya tidak ada. Pada masa saya (jadi mufti) tidak pernah ada mesyuarat (Majlis Fatwa Kebangsaan) untuk putuskan perkara ini," katanya lagi ketika ditanya.

Nabi terima hadiah Yahudi

Tambahnya, pandangan seperti yang dikemukakan ulama terkenal antarabangsa Dr Yusuf al-Qardhawi pula menyebut, hasil daripada riba seperti perjudian itu boleh digunakan untuk membantu orang miskin memandangkan nilai yang diberikan itu atas nama sumbangan.

"Bukannya ia diberikan atas nama hasil judi. Contohnya ada kawan hendak belanja kita kerana dia menang judi, tidak boleh kerana itu meraikan judi.

"Tapi kalau orang bukan Islam sekalipun belanja kita makan dan beri kita ang pau, tidak mengapa kerana dia hendak belanja," tambahnya.

Katanya lagi, Nabi Muhammad sendiri pernah menerima hadiah daripada orang Yahudi dan juga daripada pemerintah Rom.

"Buktinya, memang tidak salah jika hendak mengambil apa yang hak kita. Nabi mengambil hadiah daripada orang Yahudi walaupun nabi tahu orang Yahudi menjalankan kegiatan (ekonomi) riba dan pemerintah Rom terlibat dengan kezaliman," katanya.

Jelasnya, baginda tidak menerima nilai riba atau kezaliman tersebut tetapi nilai sumbangan berkenaan. Malaysiakini/-

Perhimpunan Agong PBB- Najib cakap kosong

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEhwaCJkd_z847AWGtzgCQ2b7hn8lEIb6ZF8SFq9zOYQt7DwEc1paNM5F36glCf2LUVmsTPykAv82kI2AGVHzbt3eICogDokKTsw8c_McHPsnY-q0SZ8xdSybfTp5gH91fX5BrAH4rf7YwM/s320/najib+pbb.JPG
oleh: Khalil Samad

Sejarah memang menujukkan bahawa semua pemimpin negara menjadi hero apabila bercakap di pentas antarabangsa.
Terbaru kita lihat punya baiknya PM kita semasa berucap di Pertubuhan Bangsa – Bangsa Bersatu bercakap mengenai perpaduan, diskriminasi, keselamatan dan sebagainya sehingga ramai yang terkulum kagumnya.
Kalau ucapan itu di buat di Malaya ini sudah tentu belum lagi habis beliau habis ayat - ayat semua pakat – pakat tepuk tangan….maklum budaya ` kaki kipas ` memang sinonim dengan mereka.
Kata orang Kuala Kangsar manusia yang suka ` Cakap Kosong ` di kategorikan sebagai cakap lainnya ` cakap tak serba bikin ` atau bahasa Perak lainnya ` bedeaah atau ngecik `.
Begitu juga kita perhatikan gelagat pemimpin negara yang umat Islam memerintah di seluruh termasuk di Negara – Negara Arab. Kenyataan mereka itu ditujukan kepada kerajaan seluruh dunia kerana kononnya hanya pandai mengutuk keganasan regim Israel tanpa sebarang tindakan berkesan.
Eh…wah cayalah….cakap – cakap berdego – dego tapi negara haram Israel tu pun tak berani nak ` cuit ` apatah lagi nak maki…nak perang lagi le….Teman sebenornya maleh nak ulas….kerana teman dah lama kawan dah faham sangat ni cakap le ape pun, tapi ` tak ngombeng `maksud teman tak mau berubah.
Di Malaysia ni sekali sekala apabila meletup serangan ganas yahudi keatas umat Islam….maka semua pakat – pakat lagi bangun kononnya marah dan membuat kutipan kemanusiaan tapi waktu yang sama belum lagi kita dengar kenyataan atau fatwa yang menyebut bahawa sebarang kerjasama dengan Yahudi ini HARAM…..yang kita ada dengar hukum ketam batu atau sotong kureta boleh makan ke tidak kerana orang melayu sahaja begitu….kalau bab makan memang sensitive. Ini terbukti bila ada pembesar atau penceramah nak datang maka mesyuarat panjang leret bincangkan menu nak makan apa nak masak apa hingga penyakit angin, ghout penceramah pun diambil kira sebelum menyediakan makanan tersebut.
Teman senang aje jamu aje gulai kambing….InsyaAllah tak ape kan penyakit tu Allah Taala yang berikan dan sembuhkan. Tak payah pening – peningkan perut…nak makan tak dak sudah.
Kita balik cerita tadi.


Negara umat Islam patut sangat malu dengan Presiden Iran, Ahmednejad tu….dengan tenang beliau berani mengutuk amerika dan barat dalam apa sahaja isu….malah dengan tenang konfiden mengangkat Al – Quran dan Bible sebagai tanda simbolik kepada penyelesaian isu antarabangsa. Bukan macam Najib cakap pun berhati – hati takut – takut menyinggung perasaan barat tapi habuk pun tarak. Ini juga ciri – ciri cakap kosong berprofil tinggi.
Beliau juga dipetik sebagai berkata….semua pihak sibuk merancang mengenai demokrasi dan hak asasi manusia, namun kekejaman terhadap mereka yang tidak berdosa terus berterusan dan kerajaan seluruh dunia hanya mampu mengutuk tanpa membuat apa – apa tindakan kerana mereka dilindungi kuasa besar.
Sudahlah negara yang semakin sarat dengan gejala maksiat dan sosial yang bagaikan naik rak..pemimpin -pemimpin negara hanya berpeluk tubuh seribu satu bahasa tidak ambil peduli desakan rakyat prihatin.
Buat rakyat Malaysia yang masih kenal erti kebaikan dan keburukan , bezakanlah pemimpin yang mahu membina negara kearah kebaikan dengan peminpin negara yang mahu menjahanamkan negara dan rakyat kearah kebinasaan .Tolaklah pemimpin seperti ini supaya kita boleh merasakan kenikmatan dan keamanan serta mendapat keberkatan dari Allah.
Malaysia memang terkenal dengan banyak pentas – pentas diantaranya pentas akademi fantasia, raja lawak, mari berdansa dan terbaru ini mari menari….maka elok juga ada pentas cakap kosong baru cukup pentas 1 Malaysia.
Teman bukan cakap kosong, tapi kosong cakap, maklum le teman ilmu tak de kuasa pun tak de.

Isnin, 27 September 2010

Semoga roh nya dicucuri rahmat...

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEh8IMlmU2Fi80g4wI1RtkoMPpgh8pRgcYyR2PaK1EQCZo2glSB94CeFtAKlmd7bCANvDJLJMKaWsuTZoOpCQVLz2GM2uAKpgj8gtzPt3itp_GwGqDcZbpP84EKjOLo5ni2PQfE5FH73G3A/s320/Chek+Hashim+Sulaiman-ADUN+Galas-2.JPG

http://www.kambingcorp.com/img/alfatihah.jpg

KUALA LUMPUR, Sept 27 — ADUN Galas, Che Hashim Sulaima, 48 tahun, telah meninggal dunia jam 4.25 petang sebentar tadi akibat barah usus.

Speaker Dewan Negeri akan memaklumkan kepada SPR yang akan mengarahkan pilihanraya kecildalam masa 60 hari kelak.

Che Hashim mengidap sakit tersebut lebih setahun lalu dan telah di masukan ke Pusat Rawatan Kampung Baru di sini minggu lalu

Allahyarham disahkan mengidap kancer pada 2009, sewaktu menjalani pemeriksaan kesihatan di sebuah hospital Kuala Lumpur.

ADUN PAS ini telah menerima rawatan di hospital pakar di Kota Baru dan Guangzhou China sebelum ini.

Che Hashim memenangi DUN Galas sdaripada Barisan Nasional (BN) dengan kelebihan undi 646 semasa PRU 2008.

Beliau menerima 4,399 undi, mengalahkan penyandangnya, Saufi Deraman. Dalam PRU 2008 , PAS berjaya menawan 38 daripada 45 kerusi DUN di Kelantan sementara BN memenangi enam dan PKR hanya mampu memperolehi satu sahaja.

DUN Galas adalah dibawah konstituensi Parlimen Gua Musang yang diwakili oleh Tengku Razaleigh Hamzah.

Ahad, 26 September 2010

Gambar: Rumah Terbuka Pakatan Rakyat Perak meriah



Kehadiran orang ramai dalam Majlis Jamuan Eidul Fitri Pakatan Rakyat sangat di luar jangkaan, makanan hampir sahaja tidak mencukupi, namun semua yang hadir merasa puas kerana matlamat kehadiran mereka bukan untuk makan semata-mata tetapi bertemu wajah dengan pimpinan serta mendengar ucapan dan amanat pimpinan.

Orang ramai mula membanjiri perkarangan Pejabat PAS di Medan Istana seawal jam 7.00 ptg terutama orang-orang bukan Islam, manakala umat Islam menunaikan solat Maghrib terlebih dahulu di masjid yang berhampiran atau di rumah masing-masing.

Antara pimpinan Pakatan Rakyat yang hadir meraikan para tetamu malam tadi ialah YB Dato' Seri Hj Nizar, Ustaz Abu Bakar Husein, YB Dato' Ngeh Kho Ham, YB Zainuddin Yusuf, YB Dr. Lee Boon Chye, YB Khalil Idham Lim, YB Nga Khor Ming, YB Dr. Mujahid Yusuf, YB Chan Ming Kai dan ramai lagi. Sdr. Mustapa Kamil Ayob,Pengerusi PKR Negeri hadir di penghujung program kerana menghadapi masalah kesesakan jalan raya di Kuala Kumpur.

YB Chang Ming Kai memakai pakaian Baju Melayu lengkap bersamping dan bersongkok, begitu juga YB Dr. Lee Boon Chye dan sdr Kris dari DAP. Hampir sahaja ramai yang tidak mengenali mereka. Meraka kelihatan segak dan cukup bergaya dengan pakaian Melayu. Sehingga YB Ngeh tersasul dalam ucapannya dengan menyebut memakai baju Melayu dan "lampin", orang ramai bergelak sakan mendengar ketersasulannya itu, namun Ngeh bijak orangnya lantas terus menjawab " saya sengaja menyebut begitu, sebab nak tahu saudara-saudara ambil perhatian atau tidak terhadap ucapan saya".

Program dimulakan dengan ucapan aluan saya selaku pengarah program, diikuti dengan ucapan-ucapan silih berganti oleh Ustaz Abu Bakar Husein, Dato' Ngeh, Dr. Lee Boon Chye, Nga Khor Ming, Chan Ming Kai dan Dato' Seri Hj Nizar. Orang ramai turut dihiburkan melalui persembahan nasyid oleh Q Har.

Majlis malam tadi juga turut meraikan 100 orang golongan fakir miskin di sekitar bandararaya Ipoh. Mereka menerima sumbangan dari PAS Perak.



Ustaz Munir Ali menyambut tetamu


YDP Pas Gopeng


Pemuda PAS Batu Gajah


pekene cendol.. sedap...


Dato Seri melayani tetamu ayng hadir


sedang update blog ke YB?


Para pimpinan




YB Zainuddin


Ustaz Abu Bakar


YB Ngeh bersama YB Mujahid


Nizar is my MB


perpaduan kaum..


YB Chang segak berbaju melayu




caya la


Ustaz Misbah melayani tetamu


menunggu giliran




Ustaz Radzi Zainon turut hadir


Bakal ketua Pemuda bersama Ketua Pemuda dan Mantan Ketua Pemuda


YB V Sivakumar menyampai ucapan








Ustaz Akmal


Dr Lee Boon Chye kemas berbaju melayu dan bersongkok


berbual sambil mendengar ucapan rakan pimpinan


bersemangat memberi ucapan








Dato' Seri sedang memberi ucapan



gambar: PAEH PHOTOGRAPHY