Senarai Blog Saya

JOM FOLLOW | ...:::: BGM online ::::....

Isnin, 30 November 2009

Rombak sukatan bukti kelemahan BN

demokrasi93.blogspot.com


http://www.hmetro.com.my/Current_News/Pilihanraya08/Calon2008/nama/LOKESIEWFOOK/pix.jpg


SHAH ALAM - Persetujuan merombak sukatan program Biro Tata Negara (BTN) setelah menghadapi tentangan hebat dari Pakatan Rakyat (PR) membuktikan kerajaan Barisan Nasional mengakui kelemahan dalam pentadbirannya.

Ketua Pemuda DAP Kebangsaan, Loke Siew Fook berkata, BTN adalah salah satu daripada projek kerajaan yang gagal dan membazirkan wang rakyat termasuklah program Perkhemahan 1Malaysia yang meragut tiga nyawa pelajar sekolah di Perak Oktober lalu.

Bagaimanapun, menurutnya, DAP tidak yakin dengan keikhlasan kerajaan merombak sukatan BTN yang dilihat dilakukan kerana terdesak setelah kandungannya dibongkar oleh PR.

“Kalau kerajaan mansuhkan program BTN itu, kita alu-alukan, tapi sekarang ia masih dikekalkan sebaliknya hanya sukatan sahaja dirombak.

“Mengapa kerajaan tidak memansuhkan program BTN sedangkan kelemahannya telah diakui. Adakah ianya akan dikekalkan sebagai alat propaganda BN,” katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini, semalam.

Dalam pada itu, Naib Pengerusi DAP, M Kulasegaran menggesa kerajaan mengumumkan kandungan sukatan program BTN yang baru kepada umum supaya unsur ‘ajaran sesat’ yang memecahbelahkan perpaduan kaum di Malaysia dapat dikesan.

“Selain itu, kerajaan juga harus berani membuat perubahan termasuk membenarkan perjalanan kursus itu direkod bagi menjamin ketelusannya yang tiada unsur perkauman di mana sebelum ianya dilarang,” katanya.

Pas kesal Muhyiddin halang Ku Li

demokrasi93.blogspot.com


SHAH ALAM - Pas kesal dengan sikap Timbalan Perdana Menteri Malaysia Tan Sri Muhyiddin Yasin kerana tidak membenarkan Tengku Razaleigh Hamzah mengetuai kaukus yang dicadangkan oleh Pakatan Rakyat (PR), kata Ketua Penerangan Pas, Idris Ahmad.

Menurutnya, kaukus bertujuan membincangkan pembayaran royalti minyak kepada negeri-negeri pengeluar petroleum tetapi sikap beliau jelas tidak melambangkan konsep 1Malaysia.

“Kaukus perlu dibentuk kerana terlalu banyak kepincangan kerajaan Barisan Nasional (BN) dalam menguruskan pemberian royalti minyak contohnya nasib yang menimpa Kelantan sehingga hari ini.

“Sabah dan Sarawak mendapat royalti minyak tetapi Kelantan pula dikatakan wang ehsan sahaja yang akan diberikan kepada Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP),” katanya.

Idris mendakwa wang ihsan yang disalurkan kepada JPP akan digunakan untuk kepentingan politik UMNO dan kroninya di Kelantan.

Katanya, PR menubuhkan kaukus adalah tepat demi kepentingan rakyat Kelantan untuk menuntut hak mereka dengan melibatkan wakil dari Sabah dan Sarawak serta membentuk perjanjian yang adil.

“Perjanjian royalti minyak sekarang tidak tetap dan akan berubah jika sesebuah negeri pengeluar minyak diperintah pembangkang, contohnya Terengganu dinafikan hak menerima royalti ketika diperintah Pas.

“Namun Pas berjaya menurunkan kadar kemiskinan di negeri tersebut ke tangga ke empat dalam Negara walaupun tanpa wang royalti tetapi selepas BN mengambil alih, Terengganu jatuh ke tangga kedua semula,” katanya.

Ustaz Ir Radzi Bin Zainon memberi cenderahati kepada pelajar paling cemerlang UPSR di Batu Gajah

demokrasi93.blogspot.com


Pelajar itu telah menyertai motivasi yang dianjurkan oleh Ustaz Ir Radzi Bin Zainon. Ustaz Radzi telah berjanji, sesiapa yang telah menyertai motivasi beliau yang mendapat keputusan cemerlang, beliau akan memberi cenderahati. Pelajar itu telah mendapat 5A dalam UPSR dan 4 A dalam ujian PAFA. Pelajar tersebut dan keluarganya sangat gembira atas kedatangan Ustaz ke rumahnya.
Pelajar tersebut tinggal di Kampung Pisang. TAHNIAH kepada pelajar tersebut. Moga berjaya di Masa hadapan.






Sedapnya Muslimat PAS masak sup tulang..

demokrasi93.blogspot.com
















Ahad, 29 November 2009

Ustaz Ir Radzi bersama setiausaha Pas Batu Gajah mengagihkan daging qurban

demokrasi93.blogspot.com

Calon PAS di Dun Sungai Rapat, Ustaz Ir Radzi bersama setiusaha Pas Batu gajah bersama jurugambar, paeh telah mengagihkan daging quran kepada golongan miskin, orang kurang upaya , anak yatim dan ibu tunggal di sekitar Batu Gajah. Setiap rumah yang terpilih telah diberikan daging sebanyak 2 setengah kilogram beserta 10 kg beras. Kedatangan kami telah mendapat reaksi yang cukup baik sehinggakan ada yang mengalirkan air mata. Tahniah kepada PAS Batu Gajah kerana berjaya mengadakan majlis qurban dengan jayanya.
















Gambar sekitar proses timbang daging korban di Pejabat PAS Batu Gajah

demokrasi93.blogspot.com





















Sabtu, 28 November 2009

gambar sekitar majlis penyembelihan korban PAS BATU GAJAH di Tronoh

PAS kawasan Batu Gajah telah mengadakan majlis korban. kerbau yang dikorbankan sebanyak dua ekor. Kerbau itu disembelih di Tronoh. Selepas itu, kerbau daging kerbau itu di bawa ke Pejabat Pas Kawasan Batu gajah untuk ditimbang dan diagihkan.























Rabu, 25 November 2009

Husam Tidak Mahu Jawatan MB Kelantan

KOTA BAHARU: Timbalan Pesuruhjaya II PAS Kelantan, Datuk Husam Musa berkata beliau akan menolak tawaran jika dilantik menjadi Menteri Besar Kelantan, untuk menggantikan Datuk Nik Abdul Abdul Aziz Nik Mat.

Beliau berkata Datuk Ahmad Yaakob lebih layak menjadi Menteri Besar Kelantan kerana senioriti serta hiraki di dalam kerajaan dan parti iaitu sebagai Timbalan Menteri Besar dan Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kelantan.

"Semua calon layak, Timbalan Menteri Besar lebih layak lagi sebab dia paling senior.

"(Cuma) jangan calonkan nama saya cukup, kerana saya tidak mahu dicalonkan," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan bantuan kepada ibu tunggal yang terpaksa menanggung anak yang menghidap down sindrom di Kampung Becah Keranji, dekat sini, hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan Bernama semalam bahawa Nik Abdul Aziz tidak menolak wujud kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar sekiranya beliau melepaskan jawatan itu.

Bagaimanapun, beliau enggan membayangkan siapa nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya, tetapi memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri di mana wujudnya Pesuruhjaya, Timbalan Pesuruhjaya Satu hingga Tiga.

Pesuruhjaya PAS III Kelantan, Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam laman web Malaysian Insider dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada.

Sehingga kini Ahmad yang disebutsebut di kalangan pemimpin dan penyokong PAS Kelantan kerana ketokohan ulama dan dirinya yang dilihat tidak pernah dicemari dengan pelbagai isu kontraversi.

Selain Ahmad, Husam dan Mohd Amar turut disebutsebut sebagai bakal menggantikan Nik Abdul Aziz.

Husam, yang juga Pengerusi Jawatankuasa Perancangan Kewangan, Ekonomi dan Kebajikan Negeri berkata, berkata isu itu tidak perlu dihebohkan, kerana siapa yang dipilih memegang jawatan itu beliau akan menyokong.

Husam berkata beliau akan mengkaji dengan peguamnya untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap laporan akhbar New Straits Times Press (NSTP) dan Utusan Malaysia yang menyiarkan berita berbau fitnah terhadapnya.

Katanya, beliau memberi tempoh seminggu ke atas keduadua akhbar itu untuk menyiarkan kenyataan permohonan maaf terhadapnya sebelum beliau mengemukakan saman di mahkamah.

Husam sebelum ini "diserang" oleh media tempatan dengan dakwaan beliau telah meletak jawatan dalam kerajaan dan politik berikutan konon beliau memberikan kata dua kepada Nik Abdul Aziz berhubung pelantikan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK) Abdul Ariffahmi Abdul Rahman yang di dalam siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).

Mengenai kenyataan Nik Aziz yang memuji beliau sebagai pemimpin muda PAS yang berkaliber, Husam berkata beliau berterima kasih di atas penghargaan itu.

"Saya ucap terima kasih kerana saya dua tahun menderita kerana (dikatakan) menentang kerajaan perpaduan dan saya difitnah kiri kanan, blog yang tidak ada nama hentam saya, macam-macam program diatur untuk menanyakan saya, tetapi saya tidak boleh balas balik kerana nak jaga perpaduan dalam parti dan imej parti," kata Husam. BERNAMA

Speaker terima penggantungan pilihan raya kecil Kota Siputeh



ALOR SETAR - Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Kedah, Datuk Dr Abd Isa Ismail menerima dengan terbuka perintah penggantungan sementara Mahkamah Rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Kota Siputeh.

Beliau berkata, keputusan penggantungan yang dibuat semalam, ada rasionalnya kerana mahkamah telah memberi alasan yang munasabah.

"Mahkamah Tinggi telah membuktikan saya betul tetapi saya tidak tahu bagaimana dengan keputusan Mahkamah Rayuan nanti," katanya ketika ditemui pemberita di pejabatnya di Wisma Darul Aman, di sini hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga tidak boleh berbuat apa-apa jika kes itu mengambil masa yang lama untuk diselesaikan kerana segalanya terletak dalam bidang kuasa mahkamah.

"Tetapi secara rasmi memang kerusi DUN Kota Siputeh kosong dan sepatutnya ia tidak boleh dibiarkan begitu sahaja kerana rakyat perlu ada wakil mereka," katanya.

Keterbukaan Nik Aziz, Ariffahmi patut dicontohi: Abu Bakar



IPOH – Tindakan Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mengarahkan menantunya Ir Abdul Ariffahmi Abdul Rahman meletak jawatan sebagai Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PBMK) setelah menerima pandangan Pas Pusat adalah tepat.

Pesuruhjaya Pas Perak, Abu Bakar Hussain berkata, keputusan berkenaan dilihat sebagai jalan terbaik dan bukti integriti yang tinggi kerana menerima pandangan Pas Pusat dengan mengetepikan kepentingan keluarga dan cirinya demi perjuangan Islam dan parti.

Menurutnya, sikap keterbukaan Nik Aziz dalam menyelesaikan masalah ini perlu dicontohi oleh semua pemimpin Pas Pusat dan negeri bahkan pemimpin Barisan Nasional (BN) juga seharusnya mengambil pendirian yang sama dalam menyelesaikan masalah.

“Kalau beginilah cara dan pendekatan yang menjadi amalan dan pegangan kepada semua pemimpin politik, tidak mustahil masalah remeh-temeh mahupun besar dapat diselesaikan secara terhormat.

Selasa, 24 November 2009

Nik Aziz sudah ada pelapis


KOTA BAHARU - Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat tidak menolak terdapat kumpulan pelapis dalam PAS Kelantan yang bakal mengambil alih tempatnya sebagai Menteri Besar jika beliau melepaskan jawatan itu.

Beliau yang enggan membayangkan nama yang disebut-sebut bakal menggantikannya itu, bagaimanapun memberi gambaran ia tertakluk kepada hiraki dalam parti di peringkat negeri.

Nik Aziz juga tetap menegaskan beliau tidak akan meletak jawatan semata-mata kerana kemelut yang kini melanda dalam PAS atau atas desakan mana-mana pihak.

"Saya tidak akan melepaskan jawatan kecuali kerana uzur atau tua, tetapi pada masa ini belum sampai masanya lagi," katanya kepada Bernama ketika dihubungi di rumahnya, di sini malam ini.

Nik Aziz berkata demikian bagi mengulas kenyataan Pesuruhjaya PAS III Kelantan Datuk Mohd Amar Nik Abdullah dalam laman web Malaysian Insider yang dipetik sebagai berkata Nik Aziz perlu mengumumkan calon penggantinya bagi mengelak perebutan dan konflik dalam PAS Kelantan apabila beliau tiada. -Bernama

Pas Pusat berhak tegur pentadbiran negeri


KOTA BHARU - Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Nik Aziz Nik Mat berkata, beliau tidak tertekan ataupun pun tergugat dengan tindakan Pas Pusat menasihatinya supaya menantunya, Abdul Ariffahmi Abdul Rahman berundur dari jawatan ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Perbadanan Menteri Besar Kelantan (PMBK).

Menyifatkan perkara tersebut lumrah dalam sebuah parti, Mursyidul Am Pas itu berkata, apa yang dilakukan oleh Pas Pusat itu adalah adil memandangkan beliau sendiri menegur kepimpinan pusat supaya mengadakan Muktamar Khas Agung (EGM) baru-baru ini.

“Tak ada tekanan, biasa la, sebelum ini saya tekan (Pas) pusat melalui cadangan pemilihan baru parti, sekarang pusat tekan saya, pakat tegur menegur, asas Islam begitu,”katanya kepada media selepas mempengerusikan mesyuarat Dewan Harian Pas Kelantan di kediaman rasminya di sini semalam.

Beliau berkata demikian ketika ditanya kewajaran tindakan Pas pusat yang diketuai presiden Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan Timbalan Mursyidul Am Pas, Datuk Haron Din membuat kunjungan serta memberi nasihat bagi menyelesaikan kemelut yang melanda perbadanan tersebut kelmarin.